ERA: TEKA JAWLINE ERA
Teka nama selebriti berdasarkan gambar ‘jawline’ dan berpeluang menang RM250, dari sekarang hingga 22 September di udara

- Pendengar ERA perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
 - Peserta perlu meneka nama selebriti berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram ERA. Pembayang disediakan di Instagram ERA.
 - Peserta hanya boleh membuat satu tekaan dan jawapan yang tepat akan membawa pulang wang tunai RM250 dalam setiap pusingan.
 - Dapatkan maklumat tentang ‘Teka Jawline ERA’ di laman rasmi dan media sosial ERA.
 
SINAR: JERAT SINAR
Jawab 10 soalan dan berpeluang menang wang tunai RM1000, dari sekarang hingga 15 September di udara

- Pendengar SINAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
 - Jawab 10 soalan dengan perkataan ‘ya’ atau ‘tidak’ dalan tempoh 60 saat sahaja.
 - Peserta perlu menjawab kesemua soalan secara berturut-turut dan tidak boleh menukar atau melangkau soalan.
 - Jika kesemua 10 soalan dijawab dengan tepat, peserta berjaya membawa pulang wang tunai RM1000 dalam setiap pusingan.
 - Dapatkan maklumat tentang ‘Jerat SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.
 
GEGAR: TEKA KACANG GEGAR
Teka bilangan kacang dan berpeluang menang wang tunai RM500 dari sekarang hingga 21 September di udara

- Pendengar GEGAR perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
 - Kongsikan tekaan bilangan kacang berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram dan TikTok GEGAR bersama personaliti GEGAR.
 - Pemenang mingguan akan diumum setiap Ahad, jam 10 malam menerusi TikTok Live GEGAR.
 - Tekaan bilangan kacang yang tepat ataupun paling hampir akan membawa pulang wang tunai RM500 secara mingguan.
 - Dapatkan maklumat tentang ‘Teka Kacang GEGAR’ di laman rasmi dan media sosial GEGAR.
 
ZAYAN: EJAWI ZAYAN
Eja perkataan jawi dan berpeluang menang wang tunai RM200, dari sekarang hingga 22 September di udara

- Pendengar ZAYAN perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
 - Eja perkataan jawi berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram ZAYAN dalam tempoh 10 saat.
 - Peserta yang berjaya mengeja dengan tepat akan membawa pulang wang tunai RM200 dalam setiap pusingan.
 - Dapatkan maklumat tentang ‘’EJAWI ZAYAN’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.