McDonald’s Malaysia terus menghargai sokongan pelanggan setianya melalui penganjuran Konsert Duo Terhangat, acara penutup yang penuh warna-warni bagi Kempen Duo Terhangat – yang mengetengahkan dua burger pedas kegemaran ramai, Spicy Chicken McDeluxe dan Spicy Lemon Chicken McDeluxe.
Konsert yang berlangsung di McDonald’s Putrajaya Persint 2 DT ini telah mencipta pengalaman luar biasa buat para pengunjung, menghimpunkan elemen muzik, makanan dan budaya Malaysia dalam satu malam penuh semangat dan tenaga. Acara ini turut mencatat sejarah sebagai konsert pertama seumpamanya dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia – simbol penghargaan kepada para pelanggan dan tanda komitmen jenama dalam mencipta detik bermakna bersama masyarakat.

Barisan artis popular seperti Tuju dan MK K-Clique menjadi tarikan utama konsert, membawa persona ‘OG’ dan ‘LIT’ yang mencerminkan gabungan rasa berani dalam dua burger kempen tersebut. Persembahan mereka diserikan lagi dengan kehadiran Loca B, Alyph, SonaOne, dan Benzooloo, menjadikan pentas Konsert Duo Terhangat sebagai satu ledakan hiburan yang penuh gaya dan kepedasan – selari dengan tema kempen.
Menurut Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, “Tuju dan MK dipilih kerana gandingan mereka mencetus impak yang luar biasa – seiring dengan gabungan Spicy Chicken McDeluxe dan Spicy Lemon Chicken McDeluxe yang mencuri tumpuan pelanggan kami. Konsert ini bukan sekadar hiburan, ia adalah lambang penghargaan kami terhadap rakyat Malaysia yang terus menyokong jenama ini.”
Para pengunjung turut menerima pelbagai kejutan menarik termasuk tiket VIP kepada 100 pemenang cabaran media sosial, Spicy Chicken McDeluxe percuma untuk 1,000 pengunjung pertama, hadiah-hadiah eksklusif bertemakan “hangat” dan ruangan bergambar interaktif. Elemen-elemen ini menjadikan acara bukan sekadar sebuah konsert, tetapi satu pengalaman menyeluruh yang mendekatkan jenama kepada komuniti.

Kempen Spicy Chicken McDeluxe yang berlangsung dari 26 Jun hingga 23 Julai 2025 telah menawarkan pelbagai promosi dan aktiviti menarik di seluruh negara – sekali gus meneguhkan kedudukan Spicy Chicken McDeluxe sebagai burger No.1 pilihan rakyat Malaysia, dan memperkenalkan semula Spicy Lemon Chicken McDeluxe untuk masa terhad dengan sentuhan rasa zesty yang menyegarkan.
Melalui pendekatan kreatif ini, McDonald’s Malaysia terus membuktikan komitmennya dalam mencipta pengalaman unik yang melangkaui makanan – menyatukan elemen budaya, gaya hidup dan hiburan dalam satu platform yang meraikan semangat rakyat Malaysia.