Bateriku (M) Sdn. Bhd., penyedia perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan (Connected Roadside Assistance) nombor satu di Malaysia, mengukuhkan lagi reputasinya dalam industri automotif dengan pelancaran rasmi bateri automotif ASTRA yang kini menerima pengiktirafan penuh SIRIM bagi kesemua 28 SKU produknya. Pengiktirafan ini bukan sekadar membuktikan keupayaan teknikal ASTRA, malah menjadi penanda aras baharu bagi kualiti dan keselamatan bateri di pasaran tempatan.
Majlis pelancaran ini turut menyaksikan pembukaan Makmal Kualiti Bateriku, sebuah fasiliti dalaman yang dilengkapi teknologi canggih untuk menguji prestasi, ketahanan, dan tahap keselamatan setiap unit bateri ASTRA. Langkah ini membolehkan kawalan mutu yang lebih ketat, sekaligus memastikan pengguna menerima produk yang mematuhi piawaian antarabangsa.
Disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), acara tersebut dihadiri oleh pihak pengurusan SIRIM Berhad, pemain industri automotif, serta rakan strategik Bateriku. Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA telah mencatatkan jualan melebihi 1 juta unit, hasil daripada kekuatan ekosistem Bateriku yang merangkumi 225 pitstop di seluruh negara dan lebih 1,500 juruteknik gig bergerak yang dilatih melalui Akademi Bateriku.
Pensijilan IEC 60095 yang dianugerahkan oleh SIRIM menegaskan bahawa ASTRA adalah satu-satunya jenama bateri automotif yang mendapat pengiktirafan bagi semua SKU produknya, merangkumi Bateri MF, Bateri EFB, dan Bateri AGM. Menariknya, setiap pembelian bateri ASTRA turut disertakan dengan perlindungan Insuran Takaful Kemalangan Diri (GPA) sehingga RM7,000 secara percuma satu inisiatif pertama di Malaysia.

Selain perlindungan insurans, pelanggan juga menikmati perkhidmatan waranti nasional yang fleksibel. Sekiranya bateri ditukar di Shah Alam tetapi berlaku kerosakan di lokasi sejauh Bota Kiri, Perak, pasukan Bateriku akan hadir terus ke lokasi melalui rangkaian ekosistem mereka, memastikan pengalaman pengguna sentiasa lancar.
Makmal Kualiti Bateriku yang dibangunkan di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd. juga membuktikan komitmen syarikat dalam memperkukuh kawalan kualiti dalaman. YBhg. Datuk Hanafi Sakri memuji usaha Bateriku, menyifatkannya sebagai bukti bahawa syarikat tempatan mampu bersaing dari segi kualiti dan ketelusan, selain harga yang kompetitif.
Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Tuan Haji Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari, menegaskan bahawa ASTRA adalah simbol kualiti, sokongan selepas jualan, dan ketenangan fikiran bagi pengguna. Dengan perlindungan insurans percuma, bantuan waranti di seluruh negara, serta jaringan pitstop yang luas, ASTRA menjadi pilihan utama mekanik dan pengguna di Malaysia.
Bagi pemilik bengkel yang berminat mendapatkan stok bateri ASTRA, mereka boleh menghubungi talian 013-844 2816 atau menghantar emel ke b2wteam@bateriku.com untuk maklumat lanjut.