Sat. Nov 8th, 2025
McDonald’s Malaysia menyerahkan mock cheque bernilai RM300,000 sebagai simbolik penyerahan zakat kepada PPZ-MAIWP.McDonald’s Malaysia menyerahkan mock cheque bernilai RM300,000 sebagai simbolik penyerahan zakat kepada PPZ-MAIWP.

McDonald’s Malaysia Umumkan Zakat Korporat RM2 Juta Tahun 2025, Perkukuh Komitmen Sebagai Syarikat 100% Milik Muslim. Menyerlahkan peranannya sebagai syarikat milik penuh umat Islam, McDonald’s Malaysia mengumumkan pengeluaran zakat korporat sebanyak RM2 juta bagi tahun 2025. Buat pertama kalinya, syarikat itu akan menjelajah ke semua 14 negeri untuk menyerahkan zakat secara terus kepada pusat zakat negeri masing-masing, dengan majlis penyerahan berlangsung di restoran McDonald’s terpilih.

Salah satu majlis penyerahan telah diadakan di McDonald’s Pandu-Lalu Putrajaya Presint 2, di mana McDonald’s Malaysia menyumbangkan RM300,000 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Penyerahan disempurnakan oleh Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia kepada Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, sambil disaksikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz Fadzil.

Dato’ Haji Azmir menzahirkan rasa syukur kerana McDonald’s dapat menunaikan tanggungjawab zakat sebagai salah satu tuntutan Rukun Islam. Sejak 2017, selepas McDonald’s Malaysia menjadi syarikat 100% milik orang Islam, syarikat telah menyalurkan lebih RM14 juta zakat. Katanya, pada tahun ini, pembayaran zakat turut diiringi dengan inisiatif untuk berkongsi rezeki bersama masyarakat, terutama mereka yang memerlukan, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang terus menyokong jenama itu.

Dalam pada itu, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman menyatakan penghargaan kepada McDonald’s Malaysia kerana konsisten mengeluarkan zakat perniagaan, yang bukan sahaja memenuhi kewajipan agama, malah membantu PPZ-MAIWP menyantuni lebih ramai golongan asnaf. Beliau turut berharap kerjasama berterusan dapat diperkukuh untuk memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat.

Selain berzakat, McDonald’s Malaysia juga menyumbangkan Kotak Rezeki kepada 100 keluarga asnaf.

Pada majlis yang sama, McDonald’s Malaysia turut menyumbangkan 100 Kotak Rezeki berisi barangan keperluan harian kepada keluarga asnaf di Putrajaya melalui program ziarah rumah ke rumah bersama PPZ-MAIWP. Selain itu, syarikat juga menyediakan 1,000 hidangan percuma kepada pelanggan di lokasi tersebut sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan.

Terdahulu, jelajah zakat ini telah berlangsung di Perak, Terengganu dan Selangor, sebelum diteruskan ke negeri-negeri lain di seluruh negara. McDonald’s Malaysia turut aktif melaksanakan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan setiap tahun melalui program Komuniti @ McDonald’s, termasuk meraikan anak-anak yatim, menyumbang moreh ke masjid dan surau, serta menyantuni warga emas di pusat jagaan.

Bagi berkongsi kesyukuran, McDonald’s Malaysia menyumbangkan 1,000 pek hidangan percuma kepada pelanggan dan komuniti setempat yang hadir.

Komitmen ini turut melengkapkan pencapaian McDonald’s Malaysia yang pada tahun 2019 menjadi syarikat pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP, selain sudah memiliki Pensijilan Halal JAKIM. Usaha ini mengukuhkan lagi kedudukan McDonald’s Malaysia sebagai syarikat korporat Muslim yang prihatin, bertanggungjawab, dan dekat dengan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *