Tue. Nov 4th, 2025

Dunia fesyen tempatan menyaksikan satu fenomena unik apabila si bulus mengambil alih pentas peragaan dalam acara kemuncak Cat Fashion Week yang berlangsung penuh warna-warni pada Ahad lalu. Dengan kreativiti, dedikasi dan keakraban antara pemilik serta haiwan kesayangan mereka, malam berprestij itu melakar sejarah baharu dalam industri hiburan tempatan apabila berjaya mencatatkan 3.2 juta tontonan di kaca televisyen melalui siaran langsung di TV3.

Sorotan utama malam itu sudah tentu kemenangan Nor Anis Halyatie bersama kucing kesayangannya, Evian, yang berjaya menawan hati juri dan dinobatkan sebagai ‘super meow-del’. Pasangan itu membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM5,000 dan trofi eksklusif. Tidak kurang hebat, Siti Rohani bersama Goyem turut mencuri tumpuan apabila menerima Anugerah FELIX Si Bulus Paling Memikat, anugerah istimewa daripada penaja utama Purina.

Populariti Cat Fashion Week tidak hanya bergema di televisyen, malah turut meledak di alam maya. Dengan capaian lebih 515 juta di media sosial, hantaran berkaitan acara ini seperti Siri Kucing AI, rakaman video peserta, hingga foto profil khas daripada sesi pra-penjurian terus menjadi tular. Data yang dikongsikan oleh Meltwater dan SproutSocial membuktikan fenomena ‘cattitude’ sememangnya mencuri perhatian rakyat Malaysia.

Di sebalik glamor dan sorakan penonton, para finalis mengakui bahawa persiapan bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka berdepan pelbagai cabaran, daripada mencari fabrik sesuai, memastikan saiz busana selesa, hinggalah melatih kucing masing-masing untuk tampil yakin di bawah pancaran lampu pentas. Ada yang terpaksa berimprovisasi apabila berdepan kelewatan penghantaran bahan dari luar negara, manakala yang lain gigih menyesuaikan si bulus agar tidak terganggu dengan suasana riuh pementasan. Segala usaha itu nyata membuahkan hasil apabila setiap persembahan berjaya memberi kelainan dan warna yang menghiburkan khalayak.

Cat Fashion Week bukan sekadar sebuah pertandingan fesyen, tetapi turut memberi nilai tambah kepada penonton. Sepanjang acara, juri dan peserta berkongsi pelbagai tip berguna mengenai penjagaan serta grooming kucing, menjadikan ia satu pengalaman berinformasi selain hiburan.

Acara ini sekali lagi menegaskan bahawa hubungan manusia dengan haiwan peliharaan mampu diterjemahkan dalam bentuk kreativiti yang mempesona. Cat Fashion Week 2025 bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi medium untuk meraikan kasih sayang antara pemilik dan si bulus, dengan setiap langkah di atas pentas menjadi simbol keakraban yang sukar ditandingi.

Cat Fashion Week dibawakan khas oleh Purina Felix dengan tagline penuh comel, “Rasa Memikat, Kucing Buat Apa Saja!”, bersama sokongan rakan radio rasmi Hot FM serta rakan digital rasmi SAYS.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *