Jenama kecantikan dan penjagaan peribadi terkemuka dari China, Fan Beauty Diary, kini secara rasmi memasuki pasaran Malaysia melalui rangkaian kedai fizikal Watsons. Pelancaran ini menjadi satu lagi langkah penting dalam usaha jenama tersebut memperluaskan pengaruhnya di peringkat global, sekali gus memberi peluang kepada peminat tempatan untuk menikmati rangkaian produk yang menjadi pilihan ramai di seluruh dunia.
Lebih menarik, pengasas jenama yang juga aktres antarabangsa tersohor, Fan Bingbing, dijadualkan hadir secara eksklusif di Kuala Lumpur pada 23 Ogos ini. Kehadiran beliau bukan sahaja untuk bertemu peminat secara lebih dekat, tetapi juga bagi berkongsi rahsia kecantikannya menerusi tip penjagaan kulit yang telah menjadi tanda tangan dirinya selama ini.
Produk fasa pertama Fan Beauty Diary kini boleh didapati di beberapa cawangan utama Watsons seperti The Exchange TRX dan Sunway Pyramid. Antara rangkaian yang ditawarkan termasuk siri Spa Mask serta koleksi penjagaan kulit untuk kulit sensitif. Produk yang mencuri tumpuan pengguna termasuklah Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask, Acids Double Cleansing Clay Mask, serta Dragon’s Blood Lentinus Fermentation Facial Treatment Mask pilihan yang semakin popular dan mula mendapat perhatian dalam kalangan penggemar kecantikan.
Bagi meraikan pelancaran ini, Watsons Malaysia turut menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif buat pelanggan. Mereka yang berbelanja sebanyak RM488 dalam satu resit untuk produk Fan Beauty Diary berpeluang memiliki beg mekap edisi terhad Fan Bingbing selagi stok masih ada. Manakala, pembelian bernilai RM1,288 pula memberikan akses VIP ke “Star’s Private Salon”, iaitu sebuah sesi eksklusif yang membolehkan peminat berinteraksi lebih dekat bersama bintang terkenal itu.
Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai kejutan membeli-belah istimewa sepanjang kempen ini. Mereka yang mengikuti akaun rasmi Fan Beauty Diary dan Watsons di Instagram atau Xiaohongshu serta berkongsi hantaran dengan tanda pagar khas, turut berpeluang menebus celebrity mask percuma dan kad foto Fan Bingbing sebagai koleksi eksklusif.
Jadual promosi Fan Bingbing di Malaysia bakal berlangsung pada 23 Ogos 2025 dengan dua penampilan istimewa, iaitu pada jam 1.00 tengah hari di Watsons Pink, Sunway Pyramid dan seterusnya pada jam 4.00 petang di Watsons, The Exchange TRX. Kehadiran selebriti ini dijangka menjadi tumpuan ramai peminat dan pencinta kecantikan, sekali gus menghangatkan lagi pelancaran rasmi Fan Beauty Diary di Malaysia.