Festival Budaya Malaysia 2025 (FBM2025), anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), bakal menjadi salah satu acara budaya paling berprestij tahun ini dengan Nu Ideaktiv tampil sebagai rakan kolaborasi rasmi. Berpegang pada tema “Budaya Kita, Vibes Kita”, Nu Ideaktiv membawa nafas segar ke festival ini melalui program-program khas yang meraikan keindahan seni, warisan kulinari, hiburan keluarga, dan kreativiti rakyat Malaysia. Antara tiga acara utama yang bakal mencuri perhatian ialah Rasa Layan Curry Fiesta 2025, pesta masakan yang menampilkan demonstrasi chef selebriti dan sesi merasa interaktif; BK Mini Fest 2025, pentas bakat kanak-kanak yang dipenuhi persembahan nyanyian, tarian dan hiburan keluarga; serta Larian Warna Budaya, larian santai dengan limpahan warna yang mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, En. Syamil Fahim Mohamed Fahim, penyertaan di FBM2025 merupakan penghormatan besar kerana ia memberi peluang untuk menyemai semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian, dan menghidupkan nilai tradisi dalam kehidupan moden. Jenama Rasa dan Pa&Ma dipilih untuk menerajui inisiatif kerana masing-masing melambangkan kecintaan rakyat terhadap makanan warisan serta peranan institusi keluarga dalam meneruskan nilai budaya sejak kecil. Nu Ideaktiv menekankan bahawa penglibatan mereka lebih daripada sekadar berkongsi cerita, sebaliknya membina pengalaman yang menghubungkan masyarakat agar setiap pengunjung dapat merasai denyut nadi Malaysia melalui sajian, hiburan, dan aktiviti bersama keluarga.
Festival lima hari ini turut menyajikan pelbagai aktiviti harian yang unik, antaranya Kewpie Egg Sandwich Class, Kenduri Kari Malaysia 68, Pertandingan Roti Jala dan Roti Canai, Konsert BK Fantastic x Kewpie, serta Pertandingan Teh Tarik King & Queen OKI. Kemuncaknya pada 16 September, bersempena Hari Malaysia, akan diwarnai dengan Larian Warna Budaya yang melambangkan semangat kebersamaan rakyat berbilang kaum. Kehadiran jenama besar seperti OKI, Seri Pelangi, Tumix, dan Kewpie turut memeriahkan festival dengan aktiviti interaktif dan demonstrasi menarik.
Dengan kekuatan jaringan jenama serta pengalaman luas dalam penganjuran acara berskala besar, Nu Ideaktiv menegaskan komitmen untuk mendekatkan rakyat dengan seni, budaya, dan gaya hidup tempatan. FBM2025 bukan sahaja sebuah festival, tetapi juga sebuah perayaan budaya yang meraikan harapan, persahabatan, dan masa depan negara, seiring dengan semangat “Budaya Kita, Vibes Kita”.
Sertai perbualan di platform digital dengan hashtag rasmi:
#ingatmakaningatrasa
#rasalayancurryfiesta2025
#BKFantastik
#BKMiniFest2025
#LarianWarnaBudaya
#MyMOTAC
#TaatSetia
#MySeniBudaya
#MalaysiaTrulyAsia
#FestivalBudayaMalaysia
#FBM2025
#WowMalaysia! ‘
#MalaysiaMADANI