Warga Bumi Kenyalang bakal disajikan dengan sebuah acara penuh warna-warni apabila Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak kembali memeriahkan Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching pada 5 hingga 7 September 2025. Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini menjanjikan hujung minggu yang sarat dengan hiburan, tawaran menarik dan pelbagai aktiviti kekeluargaan yang menekankan semangat kebersamaan masyarakat Sarawak.
Kali ini, Jom Heboh tampil dengan pelbagai tarikan yang pasti mencuri perhatian pengunjung. Konsert Jom Heboh bakal berlangsung dua malam berturut-turut dengan barisan artis terkenal tanah air. Tidak ketinggalan, aktiviti kekeluargaan seperti pertandingan karaoke, permainan pentas dan sesi ramah mesra bersama selebriti drama TV3 serta personaliti Media Prima. Menariknya, penganjuran kali ini turut mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) yang membawa penyertaan agensi di bawah naungan mereka seperti Jabatan Muzium, Lembaga Pelancongan Sarawak, Majlis Seni Sarawak, BeSarawak, Majlis Kraf Sarawak serta Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Kehadiran agensi-agensi ini membuka peluang kepada masyarakat untuk lebih dekat dengan pelbagai aktiviti seni, budaya, kraf dan pelancongan yang disediakan khas buat pengunjung.
Antara tarikan yang menanti termasuklah NSTP Racing Sim Experience, pertandingan Ratu Etnik Drama Sangat, Spin Fighters Challenge, aktiviti zumba, bola sepak jalanan, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan kanser serviks serta acara penuh santai seperti sesi Sembang Santai sempena Maulidur Rasul. Tidak ketinggalan, Love Food Festival yang membawa pelbagai juadah viral dan kegemaran ramai turut menjadi tumpuan dengan kehadiran nama-nama popular dunia kulinari tempatan.

Bagi peminat hiburan, pentas utama bakal digegarkan pada Sabtu, 6 September oleh persembahan Lan Solo, Marsha Milan, Ara Johari, Haiza dan Datuk Aishah. Sementara itu, hari Ahad, 7 September akan dimeriahkan dengan barisan artis hebat seperti Floor 88, Wany Hasrita, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan Amir Jahari. Konsert ini bakal dikendalikan oleh Hanif Miswan dan Ayu dari Hot FM yang menjanjikan suasana meriah penuh gelak tawa dan sorakan.
Selain itu, reruai Studio Drama Sangat dan Studio Jom Heboh turut menawarkan peluang beramah mesra bersama artis, personaliti serta penyampai radio Media Prima Audio. Pelbagai aktiviti interaktif seperti pertandingan Jaguh Kartun, Emcee Cilik, servis henna, bilik foto dan cabutan hadiah turut disediakan. Untuk mereka yang gemar membeli-belah, Kedai Jom Heboh menawarkan pelbagai barangan eksklusif seperti t-shirt, topi dan cenderahati daripada rangkaian TV Media Prima pada harga yang berpatutan.
Lebih daripada seratus reruai lain juga akan mengambil bahagian, termasuk jenama dan agensi terkenal seperti KWSP, F&N, Affin Bank, Kewpie dan Zus Coffee yang bakal menawarkan promosi hebat serta hadiah menarik.
Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak 2025 bukan sekadar sebuah pesta hiburan, tetapi juga platform yang menyatukan komuniti, memperkenalkan budaya tempatan dan memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman istimewa bersama keluarga serta sahabat handai. Inilah masa terbaik untuk warga Sarawak turun beramai-ramai menikmati persembahan, aktiviti, makanan dan peluang berinteraksi bersama selebriti kegemaran.
Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam kemeriahan ini dari 5 hingga 7 September 2025 di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching. Sertai ribuan pengunjung yang akan membanjiri karnival terbesar ini dan kongsikan detik indah anda dengan tanda pagar rasmi