Rakuten Kobo, peneraju global dalam pembacaan digital, mengumumkan penampilan baharu untuk salah satu eReader paling popularnya dengan pelancaran Kobo Clara Colour dalam edisi putih klasik. Warna segar ini menambah sentuhan minimalis dan elegan pada rangkaian Kobo Clara Colour, sambil mengekalkan ciri pintar dan rekaan mesra pengguna yang sudah digemari pembaca. Untuk pencinta buku yang ingin menyerlahkan gaya peribadi, varian putih ini menawarkan gabungan keanggunan ringkas dengan pengalaman membaca digital yang lebih menyeronokkan.
Kobo Clara Colour memberikan akses mudah kepada lebih lapan juta judul di kedai e-buku Kobo, integrasi perpustakaan awam melalui Libby, artikel web menerusi Instapaper, serta langganan tanpa had Kobo Plus — menjadikan pilihan bacaan benar-benar tanpa batas. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Kobo, Michael Tamblyn, permintaan pembaca untuk varian putih Clara Colour amat tinggi sejak pelancaran eReader berwarna pada 2024. “Kami amat gembira dapat memenuhi permintaan tersebut. Fokus kami sentiasa untuk menggembirakan pembaca, dan setiap aspek eReader memainkan peranan penting dalam pengalaman membaca,” katanya.

Dengan paparan E Ink Kaleido™ 3 bersaiz 6 inci, Kobo Clara Colour menawarkan teks hitam putih yang tajam serta warna semula jadi yang jelas, sesuai untuk novel grafik, buku kanak-kanak, mahupun panduan perjalanan. Ia turut dilengkapi sorotan teks berwarna, ciri ComfortLight PRO untuk pelarasan kecerahan dan suhu warna, serta integrasi OverDrive terbina dalam yang membolehkan peminjaman buku perpustakaan terus dari peranti. Kobo Clara Colour juga kalis air dengan perlindungan IPX8, ringan, mudah dibawa, dan dihasilkan menggunakan bahan kitar semula serta plastik terikat laut sebagai usaha menjaga kelestarian alam sekitar.
Bagi perlindungan tambahan, pengguna boleh mendapatkan Kobo Clara Colour SleepCover mesra alam (RM155) dalam pilihan warna Candy Pink, Cayenne Red, Misty Green, Butter Yellow, Dusk Blue, dan Hitam. Diperbuat daripada 97% plastik kitar semula termasuk 10% plastik terikat laut, SleepCover ini membantu mengurangkan sisa plastik yang mencemari lautan. Terdapat juga pilihan lebih bajet seperti Basic SleepCover dan Clear Case berharga RM95.
Kobo Clara Colour edisi putih klasik akan mula dijual pada 23 September 2025 pada harga RM799 di peruncit utama seperti All IT Hypermarket, Mono Digital, SNS Network dan lain-lain. Dengan keanggunan reka bentuk, ciri mesra pengguna, dan komitmen terhadap kelestarian, varian terbaru ini diyakini bakal menjadi pilihan utama pembaca digital di Malaysia.
