Mon. Nov 3rd, 2025
ZFIX - PENUKARAN BATERI IPHONE TERBANYAK DALAM MASA 12 JAMZFIX - PENUKARAN BATERI IPHONE TERBANYAK DALAM MASA 12 JAM

Zfix Sasar Rekod Malaysia Book of Records Dengan Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam 12 Jam. Zfix, jenama tempatan yang sinonim dengan kepakaran dalam perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan telefon pintar, bakal melakar sejarah dengan cubaan mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam Masa 12 Jam”. Acara ini akan berlangsung pada Ahad, 7 September 2025, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di cawangan baharu Zfix di Bangunan PKNS Bizpoint, Seksyen 7, Shah Alam.

Ditubuhkan pada tahun 2022, Zfix telah berkembang pesat sebagai penyedia servis dipercayai khususnya untuk peranti Apple. Dikenali dengan pendekatan profesional, telus dan beretika, jenama ini kini bersedia menampilkan keupayaan teknikal serta operasinya di peringkat nasional. Dalam cubaan rekod MBOR ini, 30 juruteknik bertauliah, dibantu 10 petugas audit dan operasi serta 5 kaunter verifikasi sah, akan bertugas dengan sasaran menukar lebih daripada 1,000 unit bateri iPhone dalam masa 12 jam.

Objektif utama cubaan ini bukan sekadar mengejar angka, tetapi juga menonjolkan kepentingan profesionalisme industri servis telefon pintar. Setiap proses akan mematuhi garis panduan ketat MBOR, di mana nombor siri bateri lama dan baharu akan direkodkan dalam sistem manual dan digital, disahkan oleh penyelia teknikal, serta dirakamkan melalui video tanpa henti sebagai bukti sahih. Semua data kemudiannya akan diaudit secara langsung dan diserahkan kepada pihak MBOR dalam tempoh 48 jam selepas acara.

Bersempena dengan usaha bersejarah ini, Zfix Mobile Fest turut dianjurkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung. Antaranya pemeriksaan kesihatan telefon percuma, bengkel mini penjagaan telefon pintar, cabutan bertuah, photo booth interaktif, TikTok challenge, selain kemudahan zon rehat, Wi-Fi percuma, ruang kolaborasi jenama serta zon kanak-kanak. Acara ini dijangka bukan sahaja menarik peminat teknologi, malah turut menjadi platform inklusif untuk keluarga dan komuniti setempat memahami kepentingan penjagaan peranti secara sah dan selamat.

Menurut Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof, Pengarah Zfix, cubaan mencipta rekod ini membawa mesej bahawa industri servis telefon pintar boleh dijalankan secara sah, telus dan bertauliah. “Zfix Mobile Fest adalah simbol komitmen kami terhadap integriti, inovasi dan khidmat pelanggan. Kami ingin buktikan bahawa jenama tempatan juga mampu menetapkan piawaian industri pada tahap tertinggi,” ujarnya.

Dengan inisiatif ini, Zfix berharap usaha mereka bukan sahaja diiktiraf oleh MBOR, tetapi juga mengangkat nama Malaysia sebagai peneraju dalam industri servis teknologi yang profesional dan diyakini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *