Wed. Oct 15th, 2025
Angkatan Muda HarapanAngkatan Muda Harapan

Belanjawan Alternatif PN Dikritik Sebagai Tidak Realistik dan Berisiko Tingkatkan Hutang Negara. Belanjawan alternatif yang diumumkan oleh Perikatan Nasional (PN) menerima kritikan hebat apabila ia disifatkan sebagai tidak berasaskan data dan hanya dipenuhi janji kosong. Ketua Pembangkang PN, Hamzah Zainudin, menjanjikan bantuan tunai RM500 sebulan kepada setiap isi rumah serta pendidikan percuma di peringkat pra-siswazah, namun gagal mengemukakan sebarang angka kos atau sumber pembiayaan yang munasabah bagi menampung pelaksanaan janji tersebut. Sebagai perbandingan, Belanjawan 2026 di bawah Kerajaan MADANI telah memperuntukkan RM15 bilion bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA, hasil penjimatan daripada pelaksanaan subsidi petrol dan diesel bersasar. Namun, janji PN dijangka memerlukan kos jauh lebih tinggi daripada jumlah tersebut. Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan dividen PETRONAS yang semakin berkurangan, pelaksanaan belanjawan sebegitu boleh meningkatkan semula defisit negara yang kini sedang dikurangkan kepada 3.5% oleh pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Angkatan Muda Harapan turut melahirkan kekecewaan terhadap pendekatan PN yang dilihat sambil lewa dan tidak menawarkan dasar baharu yang berpaksikan analisis serta data kukuh. Kritikan itu menegaskan bahawa PN bukan sahaja kekurangan calon perdana menteri yang berwibawa, malah turut ketandusan kepakaran dalam penggubalan dasar ekonomi dan fiskal negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *