Tue. Oct 21st, 2025
Goldbeak - The MovieGoldbeak - The Movie

Durioo+ Tayangkan Goldbeak The Movie Secara Eksklusif, Perkenal Movie Pack Bernilai RM10 Sebulan. Durioo+, platform penstriman selamat dan menghiburkan untuk anak-anak, terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju hiburan keluarga Muslim dengan tayangan eksklusif filem animasi antarabangsa Goldbeak The Movie bermula 20 Oktober 2025. Filem yang pernah ditayangkan di peringkat global ini kini tampil dalam versi bahasa Melayu eksklusif di Durioo+, menampilkan olahan semula dengan nilai Islamik dan mesej positif, menjadikannya sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Dalam sesi tayangan eksklusif di Durioo Studioo, para pempengaruh dan wakil media melahirkan rasa teruja terhadap usaha Durioo+ menjadikan kandungan luar negara lebih mesra anak-anak. Tayangan ini menandakan kejayaan keenam Durioo+ dalam membawakan filem antarabangsa yang dialih suara secara tempatan, dengan sebahagiannya menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk menyesuaikan visual dan audio agar seiring dengan nilai Islamik dan tempatan.

Diarahkan oleh Nigel W. Tierney dari Ireland dan Dong Long dari China, Goldbeak The Movie menampilkan barisan pelakon suara antarabangsa termasuk David Henrie dan Rachell Hofstetter (Valkyrae). Filem ini mengisahkan Goldbeak, seekor helang yang dibesarkan oleh keluarga ayam dan berjuang untuk mencari asal-usulnya. Penuh dengan pengajaran tentang identiti, keberanian, dan kasih sayang keluarga, filem ini turut menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa termasuk pencalonan di Anugerah Filem Golden Rooster China ke-35 dan China International Children’s Exhibition.

Sempena tayangan ini, Durioo+ turut memperkenalkan Durioo+ Movie Pack yang menawarkan 15 filem antarabangsa dan tempatan bersama 20,000 kandungan lain, dengan langganan serendah RM30 untuk tiga bulan pertama — bersamaan hanya RM10 sebulan. Pengguna boleh menikmati kandungan tanpa had, bebas iklan, dan boleh ditonton pada empat peranti serentak. Menurut Nuown Zainal, pengasas bersama Durioo+, penawaran ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu usaha untuk menjadikan waktu skrin sebagai aktiviti keluarga yang sihat dan mendidik. Usaha ini mengukuhkan lagi komitmen Durioo+ dalam menyediakan platform penstriman yang selamat, Islamik dan berkualiti demi membina generasi ummah yang beriman, berakhlak dan berilmu.

Tentang Durioo+

Durioo+ ialah platform penstriman mesra kanak-kanak dengan slogan “Fun & Safe Screen Time”, yang menawarkan pengalaman hiburan selamat dan menyeronokkan untuk keluarga Muslim. Dilancarkan pada Februari 2022 dengan sokongan daripada Y Combinator W22 di Silicon Valley, Durioo+ kini diiktiraf sebagai aplikasi penstriman nombor satu dunia untuk kanak-kanak Muslim (Top #1 Muslim Kids Streaming App).

Menampilkan lebih daripada 20,000 kandungan video merangkumi animasi, dokumentari, filem, lagu dan siri Islamik dengan kemas kini baharu setiap minggu, Durioo+ kini mempunyai pengguna aktif di lebih 80 negara dan telah dimuat turun lebih sejuta kali di App Store dan Play Store. Selain menayangkan siri popular seperti Baby Shark, Daniel Tiger, Bing dan Numberblocks, semua kandungan Durioo+ ditapis dan disemak oleh ibu bapa Muslim, memastikan setiap tontonan bersifat mendidik, selamat dan sesuai untuk seisi keluarga.

Kini, Durioo+ berkembang daripada sekadar platform tontonan kepada ekosistem digital lengkap yang menyokong hiburan dan pembelajaran anak-anak. Antara ciri baharunya ialah DuDeen, yang membantu anak-anak mempelajari surah dan doa harian secara interaktif; DuReels, yang menampilkan video pendek meniru gaya YouTube Shorts dan Reels tetapi dengan ciri antiketagihan; serta Durioo Games, yang menawarkan permainan pendidikan ringkas, menyeronokkan dan bebas unsur negatif. Semua ciri ini direka khas untuk memastikan masa skrin anak-anak menjadi menyeronokkan, bermanfaat dan penuh nilai positif.

Dengan reka bentuk baharu yang moden dan mesra pengguna, Durioo+ kini boleh diakses melalui pelbagai peranti termasuk TV, tablet dan telefon pintar, serta digunakan pada empat peranti serentak. Terus komited terhadap misinya untuk membina Ummah yang Beriman, Berakhlak dan Berilmu, Durioo+ kekal sebagai platform pilihan utama bagi hiburan dan pembelajaran keluarga Muslim masa kini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.duriooplus.com atau ikuti @duriooplusmalaysia di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *