HONOR X9d 5G, model terbaharu dalam Siri X yang kini menjadi telefon pintar paling laris di pasaran, telah diiktiraf sebagai telefon pintar pilihan anggota bomba pada majlis penghargaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berlangsung di ibu pejabat JBPM, Putrajaya. Majlis yang dihadiri oleh anggota bomba, pegawai serta rakan media ini dianjurkan oleh HONOR sebagai tanda penghormatan terhadap khidmat dan pengorbanan anggota bomba di seluruh negara. Kehebatan HONOR X9d 5G dipilih seiring dengan keberanian dan ketabahan anggota bomba kerana peranti ini direka dengan ketahanan luar biasa, mampu menahan keadaan ekstrim termasuk air, habuk, haba dan hentakan. Malah, varian warna Reddish Brown dilihat sepadan dengan identiti ‘Wira Merah’ yang menjadi gelaran anggota bomba.
Dengan enam peningkatan utama, HONOR X9d 5G tampil dengan ciri lebih mantap seperti bateri berkapasiti 8,300mAh yang mampu bertahan sehingga tiga hari, paparan OLED 6.79 inci beresolusi 1.5K dengan kecerahan puncak 6,000 nits, serta prestasi dipacu cip Snapdragon 6 Gen 4. Peranti ini turut dilengkapi dengan sistem audio stereo dwi bass yang menghasilkan bunyi lebih lantang dan jelas. Dari segi ketahanan, ia dilindungi penarafan IP69K kalis air, Pensijilan Prestasi Premium Rintangan Tiga Kali Ganda SGS, serta menjadi telefon pintar pertama menawarkan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, selain Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari dan Waranti Lanjutan 1 Tahun. Gabungan inovasi ini menjadikan HONOR X9d 5G sebagai telefon pintar paling lengkap dalam kelasnya.

Sebagai tanda penghargaan kepada anggota bomba yang digelar wira negara, HONOR turut mengumumkan tawaran eksklusif diskaun 15% untuk JBPM bagi setiap pembelian HONOR X9d 5G di laman web rasmi bermula 10 Oktober dengan menggunakan emel rasmi JBPM. Setiap pembelian juga didatangkan dengan hadiah percuma bernilai RM946 termasuk jam tangan pintar HONOR Watch 2i, perlindungan retak depan dan belakang selama 365 hari, waranti lanjutan 1 tahun dan waranti kerosakan cecair 1 tahun. HONOR X9d 5G dijual pada harga RM1,499 untuk varian 24GB RAM (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + 256GB storan, manakala varian 512GB berharga RM1,699. Ia boleh didapati dalam empat pilihan warna iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9d 5G, layari laman web rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.
