Tur SAMA SAMA Hadir di Malaysia: Lima Pemuzik Hebat Nusantara Bersatu di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 5 Disember Ini. Selepas kejayaan luar biasa menutup siri konsert di Bogor pada 24 Mei lalu, Tur SAMA SAMA kini bersiap sedia meneruskan perjalanan muziknya ke Malaysia. Ketika mengakhiri persembahan di Indonesia, Tulus — salah seorang pemuzik utama dalam kolaborasi ini — telah berjanji bahawa mereka akan membawa semangat SAMA SAMA ke pentas antarabangsa, dengan Malaysia menjadi destinasi pertama di luar negara.
Idea Live Arena, Kuala Lumpur bakal menjadi lokasi kelima dalam rangkaian Tur SAMA SAMA selepas empat kota di Indonesia — Bandung, Surabaya, Yogyakarta, dan Bogor. Persembahan yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2025 jam 7.30 malam ini akan mempertemukan lima figura besar dalam industri muzik Nusantara: Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi, dan Idgitaf.
Tur SAMA SAMA menampilkan konsep kolaborasi unik di mana para artis bukan sahaja membawakan lagu masing-masing, tetapi turut menukar peranan, berduet, dan mempersembahkan susunan lagu baharu yang direka khas untuk siri ini. Menurut Sal Priadi, format konsert ini adalah satu pengalaman berbeza yang menggabungkan solo, duet, trio hingga kuintet, menjanjikan suasana dinamik dan mengujakan untuk para peminat.
Dianjurkan bersama oleh PT Expo Indonesia Jaya (ExpoIndo), Tiga Dua Satu, dan Thrive, konsert ini dilihat sebagai satu langkah besar dalam memperkukuh jalinan muzik antara Indonesia dan Malaysia. “Tur SAMA SAMA di Idea Live Arena adalah impian besar yang kini hampir direalisasikan selepas sambutan hangat di Indonesia,” ujar Udzir Harris dari Thrive. Sementara itu, Bram Tulong dari ExpoIndo menyifatkan kolaborasi ini sebagai tanda penghargaan terhadap peminat yang terus menyokong artis-artis ini di seluruh rantau.
Tiket pra-penjualan rasmi telah dibuka pada 29 September 2025, dengan harga bermula RM228. Terdapat 11 kategori tiket yang ditawarkan — Bronze, Crystal, Silver, Diamond, Gold, Platinum, Ruby, Sapphire, Emerald, Emerald Extra dan Group Suite — yang boleh didapati melalui BBO Events dan samasamatur.com.
Oleh kerana sambutan luar biasa daripada peminat, tiket pra-jualan dilanjutkan dari 19 Oktober hingga 2 November 2025, memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk mendapatkan tempat mereka bagi menyaksikan persembahan kolaborasi muzik paling epik tahun ini.
Untuk kemas kini rasmi dan maklumat lanjut mengenai Tur SAMA SAMA, orang ramai disarankan mengikuti akaun media sosial rasmi @samasamatur dan @thriveevents_my. Jangan lepaskan peluang menyaksikan gabungan luar biasa lima pemuzik Nusantara ini di pentas Idea Live Arena, Kuala Lumpur, pada 5 Disember 2025 — satu malam yang pasti menjadi sejarah buat peminat muzik serantau.
INFORMASI PERTUNJUKAN MUZIK
Acara: Tur SAMA SAMA
Artis: Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi, Idgitaf.
Lokasi: Idea Live Arena, Kuala Lumpur
Tarikh: 5 Disember 2025
Masa: 7.30 malam
Penganjur bersama: Expoindo, Thrive, Tiga Dua Satu
Tiket: BBO Events, samasamatur.com
Tiket pra jualan akan dilanjutkan dari 19 Oktober hingga 2 November atas pemintaan
Rakan strategik:
Bank rasmi: myBCA
Radio rasmi: ERA, Sinar, THR Gegar
Digital rasmi: Astro Gempak
Disokong: Tourism Malaysia, Cuti-Cuti Malaysia