Tue. Oct 14th, 2025
Gillian Ooi (kanan) dan Eldrick Koh (kiri), Pengarah Urusan ASEAN Records bersama Tan Pei Ling (dua dari kiri), Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia serta Pengarah Pemasaran HONOR Malaysia, Victor.Gillian Ooi (kanan) dan Eldrick Koh (kiri), Pengarah Urusan ASEAN Records bersama Tan Pei Ling (dua dari kiri), Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia serta Pengarah Pemasaran HONOR Malaysia, Victor.

HONOR Malaysia sekali lagi mencipta kejayaan membanggakan apabila Siri HONOR X9 dinobatkan sebagai ‘Siri Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ oleh ASEAN Records — sebuah organisasi berprestij yang memberi pengiktirafan kepada pencapaian luar biasa di seluruh Asia Tenggara. Pengiktirafan ini mengiktiraf kejayaan jualan cemerlang model HONOR X9a, X9b dan X9c, yang telah mendominasi pasaran telefon pintar kelas pertengahan di Malaysia sejak diperkenalkan.

Sebagai sebuah platform yang menghimpunkan rekod dan pencapaian serantau, ASEAN Records menyanjung inovasi serta kecemerlangan yang memberi impak positif kepada industri. Penghormatan ini turut membuktikan kehadiran kukuh HONOR dalam arena teknologi Asia Tenggara serta mencerminkan komitmen syarikat terhadap inovasi berterusan dan kualiti produk yang diyakini pengguna. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan ASEAN Records, Gillian Ooi dan Eldrick Koh, kepada Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia, Tan Pei Ling, semasa jerayawara HONOR X9d 5G yang berlangsung di IOI Mall Puchong.

Sejak kemunculannya di Malaysia pada tahun 2022, Siri HONOR X9 telah menunjukkan prestasi jualan yang mengagumkan dalam pelbagai saluran runcit fizikal dan dalam talian. Dengan reka bentuk yang menekankan ketahanan, kekukuhan dan prestasi berkuasa, siri ini berjaya menarik perhatian pengguna dan menyaksikan peningkatan bahagian pasaran daripada 33% pada tahun 2023 kepada 56% pada 2025. Kini, satu daripada dua telefon pintar kelas pertengahan yang dijual di Malaysia adalah daripada Siri HONOR X9 — bukti jelas terhadap populariti dan kepercayaan pengguna terhadap jenama ini.

Kejayaan tersebut diteruskan dengan pelancaran HONOR X9d 5G yang menetapkan penanda aras baharu apabila habis dijual semasa tempoh pra-tempahan, mengatasi rekod model terdahulu, HONOR X9c. Peranti ini kini boleh didapati di seluruh negara dengan dua pilihan storan — 24GB RAM (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) bersama 256GB storan pada harga RM1,499, dan varian 512GB pada harga RM1,699. Setiap pembelian turut disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM946 termasuk HONOR Watch 2i, Perlindungan Retak Hadapan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, serta Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.

Kejayaan ini bukan sahaja menegaskan kedudukan HONOR sebagai peneraju telefon pintar kelas pertengahan, malah menjadi simbol kepercayaan pengguna terhadap inovasi dan kualiti yang ditawarkan oleh jenama global ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *