HONOR Malaysia hari ini secara rasminya memperkenalkan HONOR ALPHA Plan kepada pasaran tempatan, selaras dengan pelancaran lima produk Semua Senario serba baharu. Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi berani HONOR dalam mentransformasikan dirinya daripada sekadar jenama telefon pintar kepada syarikat ekosistem global yang dipacu oleh AI.
Visi ini dibina atas tiga fasa utama. Pada fasa pertama, HONOR memberi fokus kepada pembangunan telefon pintar sebagai gerbang utama ke dalam dunia AI. Telefon pintar bukan lagi hanya alat komunikasi, tetapi menjadi penghubung yang bijak antara manusia dan teknologi. Kerjasama strategik bersama gergasi teknologi seperti Qualcomm dan Google menandakan komitmen HONOR dalam membawa inovasi sebenar kepada pengguna, seperti yang mula dilihat dalam HONOR Magic 7 Pro.
Fasa kedua menyaksikan peluasan teknologi AI ke dalam lebih banyak peranti fizikal seperti tablet, peranti boleh pakai, komputer riba, malah potensi ke arah teknologi robotik. Matlamatnya adalah mewujudkan ekosistem pintar yang berinteraksi secara lancar antara satu sama lain untuk memudahkan kehidupan seharian pengguna. Fasa terakhir pula menggambarkan pandangan masa depan ke arah era Kecerdasan Buatan Umum (AGI), di mana AI tidak sekadar membantu, tetapi berkembang menjadi rakan sekutu manusia dalam mencipta kemajuan tamadun. Bagi HONOR, masa depan ini bukan tentang menggantikan manusia, tetapi tentang bekerjasama ke arah dunia yang lebih pintar dan berperikemanusiaan.
Seiring pengumuman besar ini, HONOR memperkenalkan lima produk utama sebagai bukti komitmen kepada ALPHA Plan – HONOR Pad X9a versi LTE, HONOR Pad V9, HONOR MagicBook X14 2025, HONOR Watch 5 edisi tali kulit hijau, dan HONOR Earbuds Open. Dengan barisan ini, HONOR muncul sebagai satu-satunya jenama Android yang menawarkan ekosistem produk Semua Senario yang benar-benar lengkap, membolehkan pengguna menikmati gaya hidup pintar yang menyeluruh merangkumi hiburan, kesihatan, produktiviti dan perjalanan harian.

HONOR Pad X9a tampil sebagai tablet ideal untuk pencinta hiburan. Dengan skrin 11.5 inci beresolusi 2.5K dan sistem empat pembesar suara yang mengasyikkan, pengalaman menonton menjadi lebih hidup, sama ada di rumah atau ketika dalam perjalanan. Keupayaan bateri 8300mAh dengan pengecasan pantas 35W memberikan anda hampir 12 jam penstriman tanpa henti, sesuai untuk sesi maraton drama di iQIYI. Dengan harga kurang RM1,000, HONOR Pad X9a juga satu-satunya dalam kelasnya yang didatangkan bersama papan kekunci Bluetooth dan pensel percuma, menjadikannya pilihan paling bernilai dalam segmennya.
Untuk mereka yang lebih mementingkan produktiviti, HONOR Pad V9 memberikan anda ‘pejabat bergerak’ dalam bentuk tablet. Dikuasakan dengan ciri-ciri AI pintar seperti Real-Time Voice-to-Text, AI Smart Summary dan AI Meeting Translation, ia memudahkan anda merakam, menterjemah dan menyusun idea dengan mudah. Skrin 11.5 inci 2.8K dengan kadar segar semula 144Hz menjamin kelancaran dalam tugasan seharian, manakala papan kekunci boleh tanggal dan HONOR Magic Pencil 3 memberikan fleksibiliti dan ketepatan untuk kerja serius atau kreativiti spontan. Tambahan pula, integrasi bersama HONOR Connect membolehkan interaksi rentas peranti HONOR dengan lancar.
HONOR MagicBook X14 2025 pula membawa kecekapan ke tahap seterusnya. Dilengkapi pemproses Intel Core Generasi ke-13 dan skrin 14 inci FHD dengan nisbah aspek 16:10, komputer riba ini sesuai untuk profesional dan pelajar yang memerlukan prestasi pantas dalam reka bentuk yang nipis dan bergaya. Ketahanan bateri sepanjang hari serta pengecasan pantas 65W menjadikannya teman setia bagi mereka yang sentiasa bergerak.
Di bidang kesihatan dan gaya hidup, HONOR Watch 5 kembali dengan gaya baharu melalui edisi tali kulit hijau. Jam pintar ini dilengkapi teknologi AccuTrack Positioning yang memastikan penjejakan aktiviti lebih tepat, manakala ciri One-Click Health Scan memberikan laporan menyeluruh kesihatan anda dalam masa kurang seminit. Dengan hayat bateri sehingga 15 hari, HONOR Watch 5 direka untuk menemani anda siang dan malam.
Melengkapkan ekosistem ini ialah HONOR Earbuds Open – fon putik terbuka dengan kemampuan AI Live Translation sehingga 15 bahasa, direka untuk pengguna moden dan pengembara global. Dengan tiga mod terjemahan pintar termasuk mod dua hala, eksklusif dan interpretasi masa nyata, pengguna boleh menikmati komunikasi lancar merentas bahasa. Kombinasi audio premium dan keupayaan pintar menjadikannya lebih daripada sekadar fon telinga – ia adalah pembantu perjalanan digital peribadi anda.
HONOR turut memastikan bahawa semua produk baharu ini boleh digunakan merentasi pelbagai platform dengan sokongan aplikasi HONOR AI Space, membolehkan pengguna Android dan iOS merasai pengalaman ekosistem pintar yang lancar, tanpa perlu menukar peranti sedia ada.
Dari segi harga dan ketersediaan, HONOR Pad X9a versi LTE akan mula dijual pada 25 April 2025 pada harga RM1,299, manakala versi WiFi kini ditawarkan pada harga RM999. Kedua-duanya hadir bersama papan kekunci Bluetooth dan pensel percuma serta keahlian VIP iQIYI selama 3 bulan. HONOR Pad V9 pula dijual pada harga RM1,999 bermula 11 April 2025 dan didatangkan dengan pensel HONOR Magic Pencil 3 dan papan kekunci boleh tanggal tanpa kos tambahan.
HONOR MagicBook X14 2025 boleh dibeli pada harga RM2,499 dan hadir bersama langganan Microsoft 365 Personal setahun dan beg galas percuma. HONOR Watch 5 dengan tali kulit hijau berharga RM649, manakala versi tali silikon dijual pada harga RM599. Bagi HONOR Earbuds Open, peranti ini boleh didapati pada harga RM699 dalam warna Polar Gold dan Polar Black.
Kelima-lima produk ini tersedia di HONOR Stores seluruh negara, laman web rasmi HONOR Malaysia serta di platform dalam talian seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beberapa model juga boleh didapati melalui pengedar sah seperti Senheng, Urban Republic dan Harvey Norman.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, kunjungi www.honor.com/my atau ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.