Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) yang telah dibatalkan oleh pihak ROS pada 20 Julai yang lalu mempunyai sebab yang kukuh yang menyebabkan pembatalan pendaftran MTC.
Pihak ROS telah mengeluarkan notis hendak membatalan Pendaftaran MTC yang bertarikah 11 April 2023 dibawah peruntukan seksyen 13(2) seperti yang terkandung dalam Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
Sesalinan surat dari ROS bertarikh 11 April 2023.
- Pihak MTC telah bersengaja melanggar Fasal 2 perlembagaan berdaftar pertubuhan dengan menukarkan dan menggunakan alamat berdaftar surat menyurat tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
- Telah bersengaja melanggar Fasal 5,2 perlembagaan berdaftar pertubuhan kerana pemecatan keahlian Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) dan perlucutan keahlian Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA)adalah tidak teratur dan tidak mengikut perlembagaan
- Telah bersengaja Fasal 7 perlembagaan berdaftar pertubuhan kerana mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2022 tidak mengikut ketetapan perlembagaan.
- Telah bersengaja melanggar Fasal 8.1.3 perlembagaan berdaftar pertubuhan kerana pemecatan YBhg. Dato‘ NoorZaleha Baharuddin sebagai setiausaha Agung Kehormat adalah tidak teratur dan tidak mengikut perlembagaan.
- Telah bersengaja melanggar Fasal 8.1.3 perlembagaan berdaftar pertubuhan kerana perlantikan Encik Chong Jing Kong sebagai Setiausaha Agung Kehormat yang baharu adalah tidak teratur dan tidak mengikut perlembagaan.
- Telah bersengaja melanggar Fasal 10.4 perlembagaan pertubuhan berdaftar kerana penandatangan cek pertubuhan bukanlah Setiausaha Agung Kehormat yang dilantik didalam Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan.
- Telah bersengaja melanggar fasal 10.5 perlembagaan berdaftar pertubuhan kerana perbelanjaan melebihi RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Sahaja) pada sesuatu masa tiada kelulusan Mesyaurat Agung.
Dengan bukti-bukti kesalahan yang dilakukan oleh AJK MTC maka pihak ROS membatal pendaftaran mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Difaham mereka yang bersalah ini mempunyai niat untuk berjumpa dengan YB. Menteri Dalam Negeri untuk merayu agar pendaftaran MTC tidak dibatalkan. Berharap agar YB. Menteri Dalam Negeri untuk meneliti kesemua kesalahan MTC serta tidak melindungi mereka yang melakukan kesalahan dan jenayah yang melibatkan ratusan ribu wang pertubuhan.
Dengan pembatalan Pendaftaran MTC ini dapat menyekat mereka yang bersalah dari terus melakukan kesalahan yang serupa atau lebih berat lagi, Sekiranya pembatalan pendaftaran MTC ini dimansuhkan, mereka yang bersalah ini akan merasa kebal.
Seperti apa dilaporkan oleh setengah portal berita hari ini oleh individu yang tidak menyatakan nama dan hanya menggunakan nama seketariat MTC adalah salah dan boleh dianggap menyamar sebagai pegawai MTC. Berita yang dilaporkan adalah berita yang sama sekali tidak benar serta mengeliru pemain industri pelancongan serta orang awam yang berkepentingan. Ini adalah bertujuan untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Untuk rekod MTC sudah dibatalkan pendaftaranya berkuatkuasa pada 20 Julai 2023 yang lalu.