Fri. Nov 28th, 2025
Nikmati penjimatan hingga RM900 dan rebut peluang memenangi cabutan bertuah bernilai lebih RM95,000!Nikmati penjimatan hingga RM900 dan rebut peluang memenangi cabutan bertuah bernilai lebih RM95,000!

HONOR X9d 5G Kini Rasmi Dijual di Seluruh Negara, Tampil dengan Ketahanan Luar Biasa dan Pelbagai Tawaran Menarik. Selepas kejayaan pra-tempahan, HONOR X9d 5G, telefon pintar yang digelar Pilihan Utama Malaysia, kini mula dijual secara rasmi di seluruh negara bermula 10 Oktober 2025. Bagi mereka yang terlepas tempoh pra-tempahan, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan peranti tahan lasak ini yang menawarkan ketahanan tiga kali ganda, sama ada di HONOR Experience Store berdekatan atau melalui platform dalam talian rasmi HONOR.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, setiap pembelian HONOR X9d 5G didatangkan dengan set hadiah eksklusif bernilai RM946, termasuk jam pintar HONOR Watch 2i, Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, serta Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun. Tawaran HONOR Watch 2i ini adalah eksklusif dan terhad, berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat, menjadikan ia sebab utama untuk mendapatkan peranti ini dengan segera.

HONOR X9d 5G hadir dalam dua pilihan storan iaitu 256GB (24GB RAM termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) pada harga RM1,499, dan 512GB pada harga RM1,699. Empat warna premium ditawarkan—Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, dan Midnight Black—yang boleh didapati di HONOR Experience Store, kedai dalam talian HONOR, serta kedai flagship HONOR di Lazada, Shopee, dan TikTok. Ia turut boleh dibeli melalui pengedar sah seperti Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

Sebagai inisiatif istimewa, HONOR turut memperkenalkan diskaun 15% eksklusif untuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bermula 10 Oktober ini. Tawaran khas ini sebagai penghargaan terhadap jasa dan keberanian mereka yang berkhidmat kepada masyarakat. Untuk menikmati diskaun ini, anggota bomba perlu mendaftar di laman rasmi HONOR menggunakan e-mel jabatan mereka.

Dalam meraikan pelancaran rasmi ini, HONOR turut menganjurkan jerayawara HONOR X9d 5G di IOI Mall Puchong dari 8 hingga 12 Oktober. Acara ini berjaya menarik ramai pengunjung yang ingin menyaksikan sendiri ketahanan dan kehebatan peranti tersebut. Antara aktiviti yang mendapat perhatian ialah Cabaran Skrin, Cabaran Penyingkiran Air dan Habuk, serta Cabaran Pengecasan Berbalik—semuanya bertujuan membuktikan kehebatan HONOR X9d 5G yang tahan lasak, kalis air, dan memiliki bateri berkapasiti tinggi 8,300mAh.

Lebih menarik lagi, pengunjung yang berbelanja RM1,000 dan ke atas dalam satu resit layak menyertai cabutan bertuah bernilai lebih RM95,000, dengan pembeli HONOR X9d 5G menerima dua penyertaan khas. Antara hadiah yang menanti termasuk HONOR Pad 10 5G, HONOR CHOICE Robot Cleaner R2, bagasi HONOR, dan pelbagai barangan eksklusif lain.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati penjimatan sehingga RM900 untuk model terbaharu seperti HONOR 400 Series dan HONOR Magic7 Pro, bersama hadiah percuma eksklusif sepanjang jerayawara berlangsung.

Bagi yang terlepas acara di Puchong, jangan risau! Jerayawara HONOR X9d 5G akan diteruskan ke Paradigm Mall, Johor Bahru dari 20 hingga 26 Oktober 2025. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri HONOR X9d 5G—telefon pintar tahan lasak yang menawarkan gabungan teknologi terkini, reka bentuk elegan, dan nilai hebat untuk pengguna di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang di www.honor.com/my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *