Wed. Nov 20th, 2024
    Kids Nowadays di Saluran Astro Ria Pada Setiap Isnin Hingga Khamis

    Drama terkini Astro Ria iaitu ‘Kids Nowadays’ menekankan kepentingan menimba ilmu yang tiada terhadnya kepada pelbagai lapisan umur masyarakat. Malah penceritaan drama ini berpaksikan semangat dan harapan bukan sahaja kepada generasi muda tetapi juga warga tua yang ingin mencapai impian untuk berjaya. Penceritaan menerusi 20 episod ini mengisahkan Jaafar, seorang bapa dalam lingkungan 50-an yang bercita-cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Perjalanan Jaafar sebagai seorang pelajar universiti yang berusia dipenuhi dengan pelbagai kerenah dan cabaran apabila dia berkenalan dengan rakan sefakultinya, Farhan dan juga dua orang senior yang sering membuli, Eddy dan Syafiq. Pertemuannya dengan Hanna, seorang pensyarah muda yang menaruh hati padanya mula dicemburui oleh Eddy. Namun di sebalik impian yang ingin dikejar, terdapat satu sebab yang membuatkan Jaafar terus bertahan.

    Saksikan Drama Terbaru Bermula Jam 11malam

    Siri yang juga mengetengahkan kepentingan adab dan tatasusila terutamanya kepada anak- anak generasi muda ini menampilkan gabungan mantap barisan pelakon otai dan baharu seperti Dato’ Awie, Marissa Yasmin, Alvin Chong dan Wanna Ali. Drama terbitan pasangan Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Mohd Yusof ini diarahkan oleh sutradara Ejump Mohammad serta didukung oleh barisan pelakon yang berbakat seperti Hasnul Rahmat, Wan Sharmila dan Nafiez Zaidi. ‘Kids Nowadays’ ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam mulai 15 Ogos hingga 15 September secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

    Dibintangi Oleh Pelakon-Pelakon Hebat dan Terkenal

     

    SINOPSIS DRAMA KIDS NOWADAYS

    Kids Nowadays mengisahkan tentang Jaafar yang suda berusia namun membuat keputusan untuk mengejar impiannya dalam menyambung pelajaran di university bagi mendapatkan segulung ijazah walaupun pada awalnya ditentang oleh anak sulungnya, Najiha.

    Jaafar melalui pelbagai kejadian yang lucu dan cabaran-cabaran sepanjang menjadi seorang pelajar di kampusnya. Dia berkenalan dengan Farhan yang banyak mengajar cara kehidupan di bandar dan persiapan sebagai seorang pelaajr universiti. Walau bagaimanapun, Farhan sering dibuli oleh Eddy dan Syafiq. Jaafar cuba untuk mempertahankan Farhan daripada dibuli oleh mereka sehingga mereka berubah menjadi baik.

     

    Adakah Jaafar akan mencapai impiannya tanpa terlibat sebarang masalah?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *