Memandangkan ekonomi negara terus berkembang, AEON CO. (M) BHD., juga dikenali sebagai AEON, hari ini memperkenalkan Rahmah Raya kepada pelanggannya dalam usaha membantu masyarakat dalam menguruskan kos sara hidup yang tinggi. Sempena Program Payung Rahmah, yang diwujudkan kerajaan untuk membantu golongan B40 dan golongan miskin yang terlampau dalam mengatasi kos sara hidup, AEON memperkenalkan projek Rahmah Raya.
Majlis pelancaran Rahmah Raya telah disempurnakan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di cawangan AEON terbaharu, AEON Putrajaya. Turut hadir ialah Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON.
Rahmah Raya AEON merupakan salah satu inisiatif untuk membantu ekosistem AEON yang memerlukan khasnya bagi persiapan Ramadan dan Hari Raya.
Melalui program ini, di bawah Jualan Rahmah, AEON akan menawarkan 30 produk terpilih yang dijual pada harga yang lebih rendah untuk meringankan beban pelanggan.
Selain itu AEON juga akan menyediakan set menu Rahmah yang berharga RM4.90 dan sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, AEON dan AEON BiG juga akan menyumbangkan Bakul Rahmah di semua 35 cawangan AEON dan 21 cawangan AEON BiG.
Sumbangan sejumlah RM168 ribu ini terdiri daripada barang keperluan harian dan persiapan Ramadan serta Aidilfitri akan disampaikan kepada 1140 keluarga B40 dan golongan miskin tegar selama 3 bulan.
Menurut Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON, “Kami sentiasa menyokong hasrat Kerajaan di dalam misi membantu golongan yang memerlukan dan menyambut baik akan insiatif Payung Rahmah ini. Kami bersyukur kerana melalui program ini AEON dapat melaksanakan hasrat Kerajaan sekaligus membantu golongan B40 dan miskin tegar dalam meneruskan kehidupan harian,”
“Walau dalam apa juapun situasi, kami sentiasa bersedia untuk bergerak bersama bagi memastikan kelangsungan hidup dan memastikan keadaan ekonomi dan sosial sentiasa seimbang. Golongan B40 dan miskin tegar ini juga merupakan sebahagian dari ekosistem kami dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan AEON sentiasa berada dekat di hati mereka.” tambah beliau.