Wed. Nov 27th, 2024

    Majalah RASA dalam talian, yang dikendalikan di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, bersempena dengan AEON Mall, telah menganjurkan program kedua RASA Bubur Lambuk Warisa, kali ini dengan sokongan AJI-SHIO®. Dari jam 8:30 pagi hingga 6:00 petang, program ini ditawarkan di AEON Mall di Shah Alam.

    Program memasak dan edaran bubur lambuk ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azli Bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam. Program turut dihadiri oleh Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Kong Lay Ming, Pengurus Kanan Pemasaran AJI-SHIO®, Puan Munirah Azmi, Ketua Jabatan Operasi Mall, Leasing dan Pemasaran, AEON CO. (M) Berhad, Cik Nikki Lee, Ketua Jabatan Pemasaran Mall, Gig dan Pengurusan Acara, AEON CO. (M) Berhad, Encik Kamarul, Ketua Regional Wilayah Tengah AEON CO. (M) Berhad dan kumpulan-kumpulan motorsikal berkuasa tinggi.

    Program Bubur Lambuk Warisan ini dianjurkan oleh Ideaktiv, dibawakan oleh RASA dengan kerjasama AEON dan di taja oleh AJI-SHIO®. Program bersama AJI-SHIO® ini telah berlansung selama lima (5) tahun berturut-turut walaupun pada badai COVID-19 yang lalu. Tahun ini, Majalah RASA berpadu tenaga bersama AEON Mall mendekati masyarakat dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd semasa sesi pengagihan berkata “program memasak dan edaran bubur lambuk yang dianjurkan bersama AEON di bawah tajaan AJI-SHIO ini merupakan salah satu platform komunikasi di antara kami dengan masyarakat di sekeliling kami sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Saya juga amat berbesar hati kerana dapat berkerjasama dengan lebih banyak pihak dalam gabungan program untuk merealisasikan usaha-usaha menyantuni masyarakat disekeliling kami”.

    AJI-SHIO® turut berkata “Kami amatlah berbesar hati untuk meneruskan kerjasama program bubur lambuk ini bersama Majalah Rasa di atas komitmen yang diberikan setiap tahun. Dalam pada masa yang sama, kami melihat inisiatif seperti ini sebagai sebuah platform untuk kami mempertengahkan resipi bubur lambuk yang lazat dengan menggunakan resipi AJI-SHIO® untuk diraikan oleh semua rakan Muslim kami. Tahun ini merupakan tahun yang kelima kami menyantuni wira barisan hadapan negara dan masyarakat sekeliling yang memerlukan untuk mengimarahkan sambutan bulan Ramadan mereka. Kami amatlah berharap agar usaha ikhlas ini dapat lagi diteruskan untuk Ramadan mahupun hari-hari bermakna akan datang”, Kong Lay Ming, Pengurus Kanan Pemasaran, AJI-SHIO®.

    “AEON amat bersyukur kerana dapat sama-sama menjayakan program Rasa Bubur Lambuk Warisan dan Ride Santai Ramadan yang dianjurkan bersama dengan Majalah RASA di bawah tajaan AJI-SHIO®. Sebagai sebuah pusat beli belah yang menjadi pilihan, AEON bukan sahaja menawarkan pilihan membeli belah yang eksklusif kepada pelanggannya, malah ia juga menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan dan gaya hidup terkini yang sihat. Aktiviti ini membolehkan AEON mendekatkan lagi perkhidmatannya dengan komuniti setempat melalui program tanggungjawab sosial korporat di samping dapat menyerikan lagi suasana Aidilfitri yang bakal menjelang,” kata Munirah Azmi, Ketua Jabatan Operasi Mall, Leasing dan Pemasaran.

    Norlidawati selaku Editor Pengurusan Rasa turut menambah bahawa program seperti ini dapat mengukuhkan lagi silaturahim antara warga kerja majalah online tersebut dengan para pembacanya kerana kesemua pembaca yang berdaftar atau pengikut laman sosial media nya bersama majalah online yang lain di bawah naugan Kumpulan Nu Ideaktiv Sdb Bhd turut dijemput ke program edaran bubur lambuk secara percuma ini.

    Melalui kerjasama AEON juga, majlis tersebut dimeriahkan oleh kehadiran selebriti tempatan seperti Rahmad Mega, Baggio Damasutra, Iwan dan Krill Rashid serta kumpulan konvoi motorsikal Harley Davidson oleh Respect Bikers. Selebriti dan konvoi motorsikal akan menghiburkan pengunjung di AEON MALL Shah Alam sebelum turut serta di dalam proses agihan bubur lambuk di kawasan Padang Jawa.

    Selain itu, majalah tersebut turut menganjurkan sebuah rancangan masakan sebanyak 22 episod iaitu Rasa Nostalgia Kampung Style yang dibawakan oleh BABA’S – menampilkan chef-chef terkenal seperti Chef Adu Amran dan Chef Wan bersama beberapa artis tanah air seperti Ezzaty Abdullah Zizi Kirana, Namie Ubi, Sazzy Falak dan ramai lagi. Ketahui pelbagai resipi tradisional yang menarik, tonton rancangan ini setiap hari Rabu hingga Ahad, jam 7:00 malam di Astro Ria.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *