Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan Intact Media Sdn. Bhd. sedang menganjurkan Anugerah Telenovela ke-9. Sidang Media dan Pelancaran Undian Atas Talian Anugerah Telenovela Ke-9 telah berlangsung pada hari Sabtu, 27 Mei 2023 dari jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang di Pacific Ballroom Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur.
Anugerah Telenovela merupakan sub-kategori kepada Anugerah Buku Negara yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 dan pada tahun 2015 Anugerah Telenovela telah dianjurkan secara berasingan. Kini, Anugerah Telenovela telah menjadi acara tahunan yang berprestij bagi mengiktiraf dan meraikan kejayaan warga industri seni kreatif tempatan yang sentiasa menerbitkan karya berkualiti tinggi dan berpotensi untuk menembusi pasaran di peringkat global. Ini bertepatan dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh UNESCO, atau UNESCO – Kuala Lumpur World Book Capital 2020.
Anugerah Telenovela kali ini merupakan edisi kesembilan (ATN9) dengan menghimpunkan sebanyak 46 calon karya adaptasi novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem bagi tayangan dari Januari hingga Disember 2022 berentap bagi merebut lebih 40 Anugerah dalam 2 Kategori, iaitu Kategori Popular (100% Undian Online) dan Kategori Terbaik (100% Penjurian oleh Juri Profesional). Kesemua karya adaptasi yang tercalon mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satelit atau stesen umum (Free To Air. FTA) atau pawagam. Buat masa ini, pencalonan bagi tayangan melalui laman sosial tidak akan diterima.
Pengerusi Anugerah Telenovela, (Dr) Hasan Hamzah berkata, penganjuran ini dianggap usaha berterusan dan konsisten bagi merancakkan industri penerbitan dan seni kreatif tempatan. Semua karya adaptasi novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem yang disiarkan di televisyen, platform digital dan pawagam secara automatik dinilai dan disaring. Bagi KATEGORI POPULAR, undian 100% dibuat oleh kumpulan peminat melalui laman web rasmi https://www.telenovela.my, manakala KATEGORI TERBAIK pula penilaiannya dibuat oleh kumpulan juri profesional.
Pengerusi Anugerah Telenovela, (Dr) Hasan Hamzah berkata, penganjuran ini dianggap usaha berterusan dan konsisten bagi merancakkan industri penerbitan dan seni kreatif tempatan. Semua karya adaptasi novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem yang disiarkan di televisyen, platform digital dan pawagam secara automatik dinilai dan disaring. Bagi KATEGORI POPULAR, undian 100% dibuat oleh kumpulan peminat melalui laman web rasmi https://www.telenovela.my, manakala KATEGORI TERBAIK pula penilaiannya dibuat oleh kumpulan juri profesional.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim atau Mat London yang juga Pengerusi Panel Penjurian Profesional ATN9 berkata, 46 karya yang dipertandingkan banyak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Penilaian paling utama adalah asas naratif atau penceritaan berpaksikan konsep yang berlandaskan kekayaan budaya, kesopanan dan amalan bangsa. Begitu juga aspek bahasa yang berhikmah dan sopan santun. Antara kriteria yang kita hendak ‘jual’ atau tampilkan ke luar negara ialah identiti bangsa Malaysia. Tentunya, karya yang dipertandingkan tidak langsung mempunyai unsur ciplak atau peniruan jalan cerita daripada karya lain. Barisan juri profesional bertanggungjawab mengadili Anugerah Telenovela Ke-9 ini mengikut piawaian antarabangsa.
KATEGORI ANUGERAH TELENOVELA KE-9:
- Kategori Popular (100 % Undian Online)
- Novel Popular
- Telenovela Popular
- Pelakon Lelaki Telenovela Popular
- Pelakon Wanita Telenovela Popular
- Pasangan Serasi Popular
Untuk kali ini, ATN9 membawa kelainan dengan memperkenalkan beberapa konsep baru dalam pengundian “online” dengan motto “Mengundi Sambil Menderma”, hadiah untuk peminat bertuah dan Shop@Telenovela untuk karyawan, artis dan penggiat seni dan kreatif tempatan dalam memasarkan produk-produk mereka.
Melalui konsep “Mengundi Sambil Menderma”, setiap nilai pengundian ini akan membolehkan pengiktirafan dan sokongan diberikan kepada karyawan, penerbit, pengarah, pengarang dan artis serta tenaga kerja yang terbabit secara langsung atau tidak langsung, dalam membawa karya agung lebih jauh lagi. Bagi peminat-peminat yang mengundi di dalam kategori popular yang dipertandingkan ini, mereka berpeluang untuk memenangi HADIAH-HADIAH BULANAN, BONANZA dan HADIAH KHAS yang ditawarkan.
Pengerusi Eksekutif Intact Media Sdn Bhd, En Mohammed Rishi Md Ross, berkata sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WCKL) sehingga 4 Jun 2023 ini, pengundi-pengundi bertuah yang membuat pengundian di WTCKL akan berpeluang mendapat hadiah-hadiah harian yang disediakan sepanjang tempoh Pesta Buku ini.
Selain dari hadiah Bonanza, acara kali ini akan dimeriahkan lagi dengan memperkenalkan shop@Telenovela sebagai platform e-dagang Telenovela bagi memperluaskan usaha pemasaran produk-produk kreatif pengiat seni tempatan ke mata dunia. “Ini adalah merupakan usaha konsisten dan berterusan kami dalam membantu dan menggalakkan karyawan dan anak-anak seni untuk terus berkarya dan menghargai hasil kerja keras mereka serta memberi kredit yang perlu untuk karya-karya kreatif yang berkualiti yang diterbitkan atau akan diterbitkan,” katanya.
Pengundian Atas Talian (Online) bagi Fasa 1 dibuka kepada peminat menerusi laman portal https://www.telenovela.my bermula dari 27 Mei 2023, bagi memberi peluang kepada para peminat tegar untuk mengundi karya-karya adaptasi “Book2Screen”, iaitu novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem yang mereka rasakan layak untuk bergelar pemenang. Berikut merupakan tarikh undian atas talian mengikut fasa.
Fasa | Tarikh Dilancarkan |
Pertama (Pencalonan Penuh 46 telenova (drama bersiri), telefilem dan filem) | 27 Mei 2023 |
Kedua (Top 20) | Julai 2023 |
Ketiga (Top 10) | Ogos 2023 |
Keempat (Top 5) | September 2023 |
Grand Finale | Oktober 2023 |
- Kategori Terbaik (100 % Penjurian Oleh Juri Profesional
- Novel
1.1. Novel Terbaik
1.2. Novelis Terbaik
1.3. Penerbit Novel Terbaik
- Telenovela (Drama Bersiri)
2.1. Telenovela Terbaik
2.2. Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik
2.3. Pelakon Wanita Telenovela Terbaik
2.4. Pengarah Telenovela Terbaik
2.5. Penulis Skrip Telenovela Terbaik
2.6. Sinematorgrafi Telenovela Terbaik
2.7. Penyunting Telenovela Terbaik
- Telefilem
3.1. Telefilem Terbaik
3.2. Pengarah Telefilem Terbaik
3.3. Penulis Skrip Telefilem Terbaik
3.4. Pelakon Lelaki Telefilem Terbaik
3.5. Pelakon Wanita Telefilem Terbaik
3.6. Pelakon Pembantu Telefilem Terbaik
- Filem
4.1. Filem Terbaik
4.2. Pengarah Filem Terbaik
4.3. Penulis Skrip Filem Terbaik
4.4. Pelakon Lelaki Filem Terbaik
4.5. Pelakon Wanita Filem Terbaik
4.6.Pelakon Pembantu Filem Terbaik
- Lagu Tema Terbaik
5.1. Lagu Tema Terbaik
- ANUGERAH KHAS
- Primadona Telenovela
- Pelakon Kanak-Kanak Pilihan
- Stesen Penyiar Telenovela Popular
- Stesen Penyiar Telenovela Terbanyak
- Budaya, Nilai Kemasyarakatan, Seni dan Estetika
- Pelakon Harapan Telenovela
- Teknikal Produksi Terbaik
- ANUGERAH KEMUNCAK
- Bintang Telenovela
- Ratu Telenovela
Senarai penuh pencalonan Anugerah Telenovela Ke-9 boleh dirujuk melalui laman web rasmi Anugerah Telenovela: https://www.telenovela.my