Tue. Nov 26th, 2024

    Tidak keterlaluan jika dikatakan, kumpulan yang membuat penampilan sulung pada tahun2014 itu menjadi antara band generasi baharu yang berjaya melakarkan rekod cemerlang bukanhanyamenerusi karya yang dihasilkan tapi juga menerusi penampilan mereka ketika beraksi di pentas.

    Nama kumpulan Akim & The Majistret (ATM) tidak perlu diperkenalkan lagi. Dari lagu hit pertama mereka, “Mewangi”, nama kumpulan ini terus gah dan mereka berjaya mengumpul jutaan peminat yang setia.

    Persembahan bertenaga kumpulan yang diketuai oleh vokalis berkarisma, AkimAhmad disokonganggota kumpulan yang lain, Wan 6ixthsense (drum); Freddy Hyperact (gitar); Fairuz Sofazr(bass); Afiez Azam (keyboard); Gjie 6ixthsense (gitar); dan Zimi Sofazr (gitar) sentiasa dinanti- nantikan peminat.

    Lebih membanggakan apabila ATM pernah menggegarkan pentas ‘Anugerah Juara Lagu’ ke-30apabila dinobatkan sebagai Juara dan turut memenangi anugerah ‘Persembahan Terbaik’ menerusi lagu “Potret”.

    Selepas kali terakhir muncul dengan single “Roulette” tiga tahun lalu, ATMkini kembali mengubat kerinduan peminat mereka menerusi lagu terbaharu “Saksama” hasil ciptaanseluruhanggota ATM dan Bunga Cantik (Stacy) yang bertindak sebagai penulis lirik.

    Lagu bergenre ‘Rock Alternatif’ yang diterbitkan oleh Nova Music ini dilancarkan secararasmi pada 9 Jun ’23.

    Mewakili ATM, Akim, 32, atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad berkata, keunikanlagu“Saksama” terserlah dari awal proses pembikinan lagu hinggalah selesai.

    “Single terbaharu daripada Akim & The Majistret ini dicipta sepenuhnya oleh setiapanggotakumpulan ini sendiri. Liriknya pula daripada Bunga Cantik yang juga adalah isteri saya, Stacydania menjadi satu gandingan yang tiada dua.

    “Saya juga sentiasa berbincang dengan Bunga Cantik mengenai apa yang kami mahukan. Semasaproses rakaman juga, memang Bunga Cantik sendiri yang menjadi penerbit vokal untuk singleSaksama ini. Banyak input menarik yang kami terjemahkan dalam lagu ini sebenarnya.

    “Bagi lagu ini, saya dapat merangkumkannya dalam satu perkataan iaitu tenang. Semuayangpernah mengkuti lagu-lagu kami, memang lagu Saksama ini ada perbezaan sedikit kerana ialebihtenang. Setiap anggota dalam ATM memberikan idea dan sesuatu yang bersesuaianuntukmelengkapkan penghasilan lagu ini,” katanya.

    Menurut Akim, ATM mengambil masa tiga tahun untuk kembali dengan karya terbaharu.

    “Memang agak lama, dan saya sendiri sedar dengan perkara itu. Sebenarnya apa yang berlaku, saya dan isteri berehat sekejap. Kami memang aktif buat lagu untuk artis lain dan padamasasama baru terima cahaya mata iaitu anak yang ketiga. Jadi, banyak masa saya itu dihabiskanuntuk melihat anak membesar. Perkara seperti itulah yang menbuatkan saya agak lama berehat.

    Tapi berkat daripada semangat yang diberikan oleh anak dan keluarga, hari ini saya datangbersama ATM untuk lagu terbaharu berjudul Saksama.

    “Pada saya, lagu ini adalah permulaan baharu untuk perjalanan ATM seterusnya. Saya gembiradengan apa yang terhasil sekarang ini. Kami ada lagu lain juga sebab ada perancanganuntukmengeluarkan album penuh. Insya-Allah, kami akan cuba sehabis baik untuk siapkan albumitutahun ini,” katanya.

    Selain perancangan membuat album, Akim berkongsi ATM juga mempunyai impianuntukmengadakan konsert besar dan siri jelajah ke seluruh negara.

    “Kami memang ada berbincang dengan pengurus mengenai perancangan akan datangyangmahu dilaksanakan. Namun, semua itu dalam fasa seterusnya dan sekarang ini kami dalamfasauntuk menyiapkan album terbaharu ATM.

    “Selepas ia selesai, kami akan ke fasa untuk mengadakan konsert dan siri jelajah ke lokasi terpilih. Saya berharap peminat dapat bersabar dan berdoa supaya kami diberi kemudahanuntukselesaikan album ini sebelum beralih ke fasa seterusnya,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, ATM yang hampir 10 tahun dalam industri muzik tanah air mahuterus diterima baik oleh peminat dan masyarakat.

    “Peminat juga sedia maklum akan semangat kami dalam bidang muzik ini dan ATMadalahplatform terbaik untuk kami menterjemahkannya. Ia seiring juga dengan perkembanganATMyang hampir menginjak usia 10 tahun. Evolusi muzik kami membawa satu gambaranberbezauntuk ATM dahulu dan sekarang,” katanya.

    Serentak dengan pelancaran lagu “Saksama” pada 9 Jun ‘23, siaran perdana video muzik rasmi lagu ini boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ pada hari yang sama jam8malam di https://youtu.be/NhFTXzz6Ek8 diikuti ‘live’ striming ‘Afterparty’ ATMsecara eksklusif

    bersama ahli-ahli YouTube Premium mulai jam 8.05 malam. Selepas itu, kumpulanATMmembuat showcase ‘live’ khas selama lebih 1 jam buat semua jemputan dari media mulai jam9malam.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *