Sekali lagi mencatat rekod baharu oleh AEON Fashion Preview (AFP) dalam The Malaysia Book of Records di IOI Mall Putrajaya. Acara fesyen ini, dalam tahun ke-3 dan edisi ke-2 untuk 2023, telah berlangsung pada hari Sabtu, 24 Jun, dan ia telah mencapai kejayaan yang sangat menakjubkan.
Seramai 500 orang peragawan yang terdiri daripada personaliti yang berbeza latar belakang dan usia terbabit dalam satu runway.
Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata pihaknya sentiasa berpegang pada keazaman dan komitmen AEON terhadap pergerakan fesyen yang inklusif.
Dalam AFP ini, kapsul-kapsul fesyen yang pelbagai tema dipersembahkan adalah koleksi utama atau signature ekslusif dibawah AEON seperti SCAR, Puteri, Arcadia, M, ti:zed, innercasual iC, Agenda, Suave, Guys’Vision, +Collection, Scarlet inners, JKids dan Crème.
Terdapat fesyen untuk ibu hamil dalam meraikan keperluan tubuh yang berbeza, baju tidur kanak-kanak dengan cetakan ceria untuk mereka tidur dengan selesa, serta fesyen anime dengan karektor kegemaran.
Pakaian yang merupakan fabrik linen yang lain dari kebiasaan sesuai untuk cuaca panas; fabrik denim atas denim yang sentiasa malar dan versatile; pakaian sukan yang menggabungkan gaya dan fungsi; pakaian kerjaya yang berevolusi; dan pakaian kembara dengan kaitan lebih ringan.
Untuk meningkatkan lagi persepakatan ini ke tahap yang lebih tinggi, AEON menjalinkan Kerjasama dengan Comic Fiesta, sebuah pertubuhan peneraju dengan komuniti terbesar dalam bidang anime dan comic-con dalam negara, bagi Festival Anime AEON untuk kali pertama.
Festival ini menampilkan pelancaran bulanan kemeja-T watak anime bermula daripada Attack on Titan, Demon Slayer, disusuli Naruto and Jojo’s Bizarre Adventure.
Bagi memastikan koleksi fesyen ini selaras dengan usaha AEON dalam memperkasakan Sasaran ke-8 dan ke-15 Pembangunan Petubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pertunjukan ini juga menumpukan terhadap menggalakkan measyarakat yang aman dan inklusif bagi pembangunan mampan, dan membina institusi bertanggungjawab dan inklusif yang efektif di semua peringkat; serta melindungi, memulihara dan menggalakkan penggunaan ekosistem daratan.