Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Bank) melancarkan versi akaun pelaburan eksklusifnya, Al-Awfar, yang ditambah baik dan didatangkan dengan lebih ganjaran buat para pelanggan baharu dan sedia ada. Al Awfar Baharu – Wow! Banyaknya! menawarkan pelbagai hadiah menarik yang berjumlah lebih RM18 juta dan memperkenalkan sepuluh (10) kategori baharu.
Pelanggan Al-Awfar kini berpeluang memenangi hadiah dalam 15 kategori yang merangkumi tiga (3) kategori cabutan bulanan dan suku tahunan, lima (5) kategori cabutan setengah tahun dan empat (4) kategori cabutan tahunan dengan penambahbaikan tersebut. Lebih menarik lagi, pemenang Cabutan Bonus Tahunan Al
Awfar kini berpeluang membawa pulang satu (1) kilogram jongkong emas atau dua (2) motosikal Harley Davidson.
Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Perbankan Runcit Kumpulan Bank Islam, Mizan Masram, berkata, “Sejak Al-Awfar dilancarkan pada tahun 2009, produk ini terus menunjukkan pengukuhan. Sehingga 30 Jun 2023, kami telah merekodkan jumlah dana melebihi RM5 bilion daripada 1.2 juta akaun.
“Bersempena ulang tahun ke-40 Bank Islam tahun ini, sudah tiba masanya kami mempertingkatkan produk popular ini agar pelanggan mempunyai lebih banyak peluang untuk menang. Penambahbaikan ini juga merupakan penghargaan kami kepada mereka atas sokongan padu dan memberangsangkan terhadap Bank dan Al
Awfar selama ini,” ujar beliau.
Pada 25 Mac 2009, Bank Islam mencipta sejarah dalam industri perbankan Islam apabila melancarkan Al-Awfar, satu produk akaun pelaburan berisiko rendah yang inovatif berdasarkan konsep Mudarabah. Dana Al-Awfar dilaburkan dalam portfolio Pembiayaan Rumah dan Aset Tetap (HFA) sedia ada Bank Islam untuk memastikan pelaburan yang mampan.
Bank Islam meraikan jutawan Al-Awfar ke-39, Dato’ Md Adnan Sulaiman, bersempena pelancaran Al-Awfar Baharu – Wow! Banyaknya! di IOI City Mall, Putrajaya