Mon. Nov 25th, 2024

    Munawwareen (Jenama fesyen islamik) mengimarahkan Sambutan Awal Muharram dengan menganjurkan peogram Tausiyah 1 Muharram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta” bertemakan Raudah Jiwa yang julung kalinya diadakan dengan Kerjasama Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa. Program terbuka yang hanya disertai para Muslimah ini berkonsepkan ‘sharing session’ di antara panel jemputan dan juga tetamu yang diraikan. Seramai 500 para muslimat menghadiri majlis ilmiah ini yang bermula seawal jam 9 pagi.

    Pembuka tahun 1445H, program ini juga mengangkat topik hijrah yang dilalui, sama ada suka ataupun duka dan bagaimana konsep hijrah itu sendiri diterapkan dalam kehidupan yang semakin mencabar juga menyuntik azam baru dan semangat yang kuat untuk laluan tahun baru 1445H.

    Awal Muharram atau Maak Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam seluruh dunia kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijraan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Justeru, Munawwareen mengambil inisiatif menyampaikan dakwah melalui program sebegini di samping meraikan kedatangan bulan yang mulia ini dengan semangat hijrah, yakni niat untuk melakukan perubahan dalam pelbagai aspek.

    Barisan panel jemputan terdiri daripada Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati, Ustazah Nony, juga panel istimewa Puan Masitah Mohd Afandy dan Irma Hasmie selaku moderator bagi program Tausiyah 1 Muharram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta”. Program ini juga turut mengundang kumpulan Qasidah Tahfiz As-Safiyyah bagi bersama-sama memeriahkan majlis dengan alunan seni suara yang mengandungi unsur unsur dakwah Islamiyah, doa kepada Allah SWT dan puji-pujian kepada Rasulullah SAW.

    Program Awal Muharram ini juga adalah salah satu inisiatif memperkenalkan kolaborasi strategik jenama Munawwareen bersama Pertubuhan Kebajikan Projek Kengkawan, untuk membawa Jemaah OKU Penglihatan (SBM) dan OKU Pendengaran (MDF) menunaikan Ibadah Umrah pada bulan Oktober 2023. Projek Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0 ini juga bertujuan merealisasikan impian lebih kurang 40 orang ahli pertubuhan mengerjakan umrah buat pertama kalinya.

     

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *