Sun. Nov 24th, 2024

    Dalam satu sesi siding media yang diadakan sempena KL Bike Show 2023 hari ini, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce) telah secara rasmi mengumumkan penyertaan mereka dalam acara Rimba Raid Taman Negara 2023 yang akan berlangsung dari 31 Ogos hingga 3 September 2023. Dalam pengumuman bersejarah ini, Mforce menjelaskan bahawa mereka akan menghadirkan dua model motosikal utama, iaitu WMOTO SX2-300 dan Moto Morini X-Cape 650X, sebagaimana yang telah dilakukan pada tahun sebelumnya. Menariknya, dalam perlawanan tahun ini, Moto Morini X-Cape 650X akan dinaiki oleh pelumba yang sama seperti tahun lepas, iaitu Muhamad Nazmee bin Ramlee. Sementara itu, WMOTO SX2-300 akan dikendalikan oleh Muhamad Amirul bin Ramlee. Penampilan Mforce di Rimba Raid Taman Negara 2023 pastinya akan menjadi tumpuan utama dalam dunia motosikal tempatan.

    Tahun lepas, WMOTO SX2-300 berjaya meraih tempat ketujuh keseluruhan bagi kategori C manakala Moto Morini X-Cape 650X menamatkan perlumbaan dengan kedudukan yang mengagumkan, iaitu tempat ke-15 keseluruhan atau pelumba Malaysia yang ketiga untuk kategori B. Kejayaan ini membuktikan bahawa Moto Morini dan WMOTO adalah antara jenama yang perlu digeruni oleh pelumba yang lain kerana kemampuan jenama ini menamatkan perlumbaan. Pencapaian ini bukan sahaja menonjolkan keupayaan teknikal motosikal, tetapi juga menunjukkan kecekapan dan ketahanan para pelumba mengharungi segala cabaran yang disediakan oleh pihak penganjur.

    Walaupun mendapat keputusan yang memberangsangkan, Mforce tidak akan terus selesa malah bakal menggunakan strategi baharu untuk memastikan kedua-dua model yang dipertandingkan ini bakal meraih tempat di podium. Tambahan pula, para pelumba ini dijangka bakal menghadapi laluan perlumbaan yang lebih mencabar dan panjang iaitu lebih kurang 250km berbanding tahun lepas yang cuma 150km sahaja. Oleh itu, perancangan yang lebih teliti perlu dilakukan untuk memastikan kejayaan berada di pihak Mforce.

    Sidang media pada hari ini jugak menyaksikan termeterainya perjanjian di antara dua pihak di mana pelumba WMOTO SX2-300, Muhamad Amirul bin Ramli menandatangi perjanjian tersebut dan ditandatangani oleh Encik Asri Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Mforce. Manakala untuk Moto Morini,pelumba Muhamad Nazmee bin Amirul menandatangi perjanjian bersama dengan Pengarah Jabatan Jualan Antarabangsa Moto Morini iaitu Ethan.

    Keadaan geografi laluan yang begitu mencabar dan jarak perlumbaan sepanjang 200km, tidak dapat dinafikan bahawa ia menguji kecekapan, mentaliti, dan ketahanan pelumba, serta menuntut jentera perlumbaan yang terbaik untuk melengkapkan perlumbaan tersebut. Langkah Mforce untuk terus mengkaji dan mempertingkatkan strategi yang digunakan dalam acara Rimba Raid ini adalah wajar. Pengalaman dari perlumbaan lepas akan memberi adalah sangat berharga untuk pihak Mforce menilai semula tentang kekuatan dan kelemahan, serta membantu dalam penyempurnaan prestasi motosikal- motosikal tersebut semasa perlumbaan. Pihak Mforce mengucapkan semoga berjaya kepada Muhamad Nazmee bin Ramli dan Muhamad Amirul bin Ramli.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *