Sat. Nov 23rd, 2024

    Konsert ‘ROCKMANTIC NIGHT – JUDIKA & THE GANG’ yang berlangsung malam tadi mendapat sambutan menggalakkan dengan hampir 12,000 orang penonton yang memenuhi Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 8:00 malam. Acara ini dianjurkan oleh syarikat penganjur ternama dari Indonesia, Dua Anak Deo (DAD) Management, dan berjaya mengisi gelanggang dengan sorakan peminat-peminat setia.

    “Saya ingin menyanyi habis-habisan kerana semangat ‘cinta’ yang diberikan oleh pembeli-pembeli tiket bukan sahaja dari Malaysia, bahkan juga Indonesia, Singapura serta Brunei agar dapat menghiburkan mereka semua sebaik dan juga semaksimal yang mungkin,” kata pemilik nama Judika Nalom Abadi Sihotang, 45.

    Selain Judika, bintang-bintang popular Malaysia seperti Marsha Milan, Haqiem Rusli dan Shila Amzah serta artis-artis tamu dari Indonesia naungan DAD Management seperti Dnanda, Daniel Pattinama dan Dr. Axin turut menyerikan konsert pada malam tadi sebagai pembuka acara dengan menerima sorakan yang tidak kurang hebatnya.

    Momen yang ditunggu-tunggu bermula apabila Judika muncul di tengah-tengah pentas dengan menaiki motor berkuasa besar melaungkan lagu Bukan Rayuan Gombal lantas menerima sorakan paling gemuruh menggamatkan seluruh ruang Axiata Arena.

    Di antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada malam tadi adalah Sampai Kau Jadi Milikku, Kisah Yang Ku Inginkan (duet bersama Shila Amzah), Putus Atau Terus, Jikalau Kau Cinta, Cinta Karena Cinta dan lain-lain.

    Istimewanya, konsert malam semalam merupakan sebuah ‘family affair’ dimana Judika membawa keseluruhan ahli keluarganya untuk turut serta terlibat dalam konsert tersebut, seluruh arena menyanyikan lagu ‘happy birthday’ buat anak Judika yang baharu sahaja menyambut hari jadinya beberapa hari yang lepas.

    Selain menyanyikan lagu-lagu hitsnya, Judika turut menyanyikan lagu Sejati oleh kumpulan Wings dan konsert bertambah gamat apabila Judika menyanyikan lagu Cindai yang dipopularkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan rendisinya yang tersendiri diiringi penari latar tradisional memeriahkan suasana ibarat sebuah festival kesenian.

    “Sebetulnya, saya sudah mempersiapkan diri selama tiga hari berturut-turut sewaktu latihan kerana mahu memberikan yang terbaik untuk semua dan hasilnya semua yang hadir sangat gembira dan merasa ‘cinta’ yang saya tonjolkan pada malam ini, lebih istimewa kerana keluarga juga berpeluang melihat sendiri konsert sebesar ini yang pertama di Malaysia dan ia merupakaan kebangaan buat saya.

    “Terima kasih sesungguhnya buat penonton yang hadir, ‘team’ yang terlibat, artis-artis undangan dari Malaysia dan juga Indonesia, serta kepada para penaja yang menjayakan konsert pada malam ini,” akhiri Judika.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *