Sun. Nov 24th, 2024

    Dengan pengiktirafan dari negara luar dan sokongan berterusan dari Rocketfuel Entertainment, Wani Kayrie dapat terus menjelajah dunia seni. Keunikan bakatnya dan daya tarikan yang ada pada dirinya mungkin menjadi asas untuk pencapaian lebih besar pada masa depan, membuktikan bahawa tuah sebenar seorang artis mungkin belum terungkap sepenuhnya.

    Terbaharu, Wani akan terbang ke negara Vietnam bagi memenuhi undangan membuat persembahan di majlis penuh berprestij peringkat Asia iaitu ‘28TH ASIAN TELEVISION AWARDS’ pada 12 dan 13 Januari ini.

    Menerusi ciapan di Instagram milik Wani, ada berbaur kekesalan dengan keputusan AJL38, “Tidak apalah, sabar itu indah. Mungkin kena cuba dan tunggu lagi…

    Namun semangatnya sedikit pun tidak goyah malah lebih bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa tidak lama lagi, kata Wani, “Perasaan teruja serta  berkobar-kobar sangat menebal di jiwa saya selain merasa bertuah, kerana dipilih mewakili negara buat kedua kalinya untuk membawa nama Malaysia selain nama label naungan saya, Rocketfuel Entertainment.

    “Saya sangat berbesar hati dengan pemilihan ini dan berjanji akan memberikan yang terbaik ketika berada di sana nanti.

    “Saya juga sedang mempersiapkan diri dari segi latihan vokal secara bersendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak, ini termasuk koreografi yang turut dilakukan secara bersendirian juga, dari segi penataan gaya sahaja saya memerlukan khidmat pakar serta khidmat pereka fesyen untuk busana yang bakal disarungkan nanti.

    Dikhabarkan Wani akan menyanyikan tiga buah lagu kesemuanya pada majlis itu nanti, katanya, “Saya akan menyanyikan dua buah lagu sendiri iaitu ‘Kamu Kamu’ dan ‘Fajar’, manakala satu lagi lagu ‘Bang Bang’ nyanyian Ariana Grande dengan versi saya sendiri.

    “Saya berharap agar mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia dan doakan semuanya dapat berjalan dengan lancar. Ini adalah momen saya untuk menunjukkan bakat saya pada semua, kalau boleh rakyat Malaysia membuka mata serta melihat sendiri kebolehan dan kemampuan Wani Kayrie bernyanyi di peringkat antarabangsa.

    Penonton boleh menyaksikan siaran langsung ‘28TH ASIAN TELEVISION AWARDS’ bermula pada 12 dan 13 Januari 2024 ini melalui aplikasi penstriman video atas talian seperti viu.com atau siaran digital melalui saluran YouTube rasmi majlis tersebut.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *