Thu. Sep 19th, 2024

    Konsert yang mendapat sokongan rakan radio Hot FM, rakan media Astro Gempak, penaja seperti icha Hair Studio by Icha Khairul dan Mell Beauty Makeup by Eiycha Aziz dan rakan rasmi iaitu Ombak Exclusive. Bertempat di KWC Starxpo di Kuala Lumpur. Pada awal Februari 2024, jam 8:30 pagi, Redvena bersama Redvena Musik telah menganjurkan konsert dengan kerjasama label artis Talent Toy Production yang akan menampilkan kumpulan Hyper Act yang dianggotai oleh Firman Bansir (Lead). Vokal), Toy Nizam (Vokal Bass dan Kedua), Freddy (Gitar Utama), Etan (Gitar Kedua), dan Ejam (Drum).

    Konsert ini adalah bersempena dengan ulangtahun ke-15 kumpulan Hyper Act. pada tahun 2024 semenjak penubuhannya pada tahun 2009. Selain itu, konsert ini juga adalah sebagai kesinambungan aktiviti Hyper Act. selepas pelancaran lagu terbaru mereka “Pasti Terjadi pada Oktober 2023. Tambahan daripada itu, konsert ini bakal menggabungkan semula bekas bekas anggota Hyper Act. sebelum ini iaitu Ronnie Hussein (Vokal Utama), Kecik Ogie (Vokal Utama) dan Labib (Drum), dan ini adalah seperti yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka sekian lama.

    Konsert ini dihadiri oleh 5,500 orang peminat Hyper Act. yang telah dihiburkan dengan 16 lagu- lagu hit mereka seperti Harapan, Hanya Aku, Impian, Takkan Pergi, Bukan Untukku, Kasih, Pasti Terjadi dan selebihnya. Jangkaan masa konsert ini adalah selama 2 jam. Tiket masuk telah mula dijual di platform ticket2U sejak 24 Oktober 2023. Tiket yang berharga RM115 (Zon 5 Berdiri) telah habis dijual manakala tiket-tiket yang masih ada berharga RM175 (Zon 4 Berdiri), RM195 (Zon 3 Berdiri), RM225 (Zon 2 Berdiri), RM245 (Zon 1 Berdiri), RM295 (“Pasti Terjadi” – Berdiri) dan RM250 (Meet & Greet).

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *