Tue. Nov 19th, 2024

    Fiesta Raya @ The Curve yang dijadualkan berlangsung mulai 12hb Mac hingga 9hb April 2024, membuka peluang luas kepada pengunjung untuk mengeksplorasi dan mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri 2024. Dengan penuh semangat menyambut bulan Ramadan 1445H, acara istimewa ini akan berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor. Ia merupakan hasil dari idea kolaboratif antara ANS Diversified Sdn Bhd, Team360, dan NiyatEnson Empire Sdn. Bhd. Fiesta ini menyajikan pengalaman beli-belah yang penuh keriangan dan memenuhi keperluan pelanggan semasa merayakan keindahan bulan Ramadan dan Aidilfitri.

    Jurucakap ANS Diversified Sdn. Bhd., Encik Ahmad Faizal Zulkipli berkata, festival yang julung kali diadakan itu menghimpunkan lebih 50 gerai barangan kelengkapan hari raya dan juadah makanan selain dimeriahkan dengan acara sampingan seperti the Curve Berselawat, Iftar Amal bersama rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim terpilih, serta peluang untuk menyertai cabutan bertuah apabila pengunjung berbelanja minima RM150 dari gerai-gerai jualan Fiesta Raya. Selain itu, pengunjung juga berpeluang membawa pulang Duit Raya sehingga RM1,500 menerusi Pertandingan Selfie dan Menang.

    Dari kiri: En Ayob Majid (Pengerusi IRAMA), Mohd Farhan Aizwan (Head of Community Outreach TheNoor),  En Ahmad Faizal Zulkipli (Jurucakap ANS Diversified Sdn Bhd), Cik Elaine Liew (Central Manager the Curve), Dr Fitri Haris (Pengarah Urusan NiyatEnson Empire), Puan Farah Fakhira (Pengasas Khira Official) dan Puan Wan Nurul Jannah (Wakil Starvillion)

    Selaku penganjur bersama NiyatEnson Empire Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Dr. Fitri Haris, beliau berkata, sepanjang fiesta berlangsung, para pengunjung akan dapat merasai pengalaman Ramadan Raya bersama para pempengaruh terkenal tanah air seperti Tajul dan Isteri, Hajar LK, Farah Khira serta barisan artis-artis yang akan menghiburkan dan memberi pengisian jiwa seperti Kumpulan nasyid UNIC, Nizam Laksamana, Rabithah, Ikhwan Fatanna dan ramai lagi.

    Terdapat 35 gerai barangan kelengkapan hari raya dan 15 gerai makanan ditawarkan dengan pelbagai hidangan juadah berbuka puasa sepanjang tempoh festival berlangsung selama 29 hari. Pihak penganjur turut berkata, pihaknya berhasrat menjadikan Fiesta Raya @ The Curve tersebut sebagai acara tahunan di pusat membeli-belah the Curve, Mutiara Damansara.

    Dengan sokongan daripada Boustead the Curve, Hotel Royale Chulan the Curve, Aplikasi Muslim the Noor, Yayasan Digital Malaysia, Khira dan Starvilion, Fiesta Raya @ the Curve akan memberikan satu pengalaman baharu kepada para pengunjung pusat membeli-belah the Curve, peniaga-peniaga dan juga para penduduk di kawasan Mutiara Damansara. Pihak penganjur turut menyasarkan lebih 500,000 pengunjung ke Fiesta Raya @ The Curve tahun ini.

    Bertemakan “”Kongsi Keriangan, Rasai Keunikan!”, Fiesta Raya @ the Curve, Mutiara Damansara adalah salah satu lokasi yang perlu dikunjungi sepanjang Ramadan bersama keluarga bagi menikmati pengalaman berbuka puasa secara santai di pusat beli-belah terkemuka itu, selain pembelian kelengkapan persiapan Hari Raya, menjelang Syawal ini.

    Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 012-3153988 (Haji Kamal), 012-4056349 (Puan El) atau 012-3055861 (Puan Amira)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *