Fri. Oct 18th, 2024

    Mulai 11 Mac 2024, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama bersiri Malang Si Puteri di slot Tiara di Astro Ria atau melalui strim di Astro GO. Drama ini terbitan Radius One dan diarahkan oleh Uchee Fukada.

    Drama Astro Ria terbaru bersiri 50 episod ini merupakan karya Uchee Fukada terbitan syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd. Idea asalnya daripada Shahrulezad Mohameddin @Budak Ijat. Manakala skrip pula disediakan oleh Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil. Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Hafreez Adam, Malek Mccrone, Wan Raja, Fahrin Ahmad, Raja Azura dan ramai lagi.

    SINOPSIS MALANG SI PUTERI

    Drama ini berkisarkan tentang Puteri yang ditimpa malang apabila ibunya berkahwin dengan Ayah Leh (Sahronizam) yang sering cuba mengambil kesempatan keatasnya. Puteri juga sering dihina orang kampung kerana pekerjaan ibunya sebagai penari. Hanya si capek Sulaiman (Hafreez Adam) yang memahaminya dan sering membantu Puteri dalam apa jua keadaan.

    Kehadiran Johan (Malek) dari bandar menawan hati Puteri yang naif. Walau diluahkan kasih sayang oleh Sulaiman, Puteri tetap memilih Johan yang rupanya seorang bapa ayam, maka malanglah hidup si Puteri semenjak hari itu.

    Kehidupanya di bandar penuh pancaroba sehinggalah dijual oleh suaminya sendiri kepada Arman (Wan Raja), seorang penjenayah yang merancang sesuatu untuk Puteri. Perjalanan yang dipenuhi ranjau kemudian membawa Puteri kepada Fattah, seorang guru berhati mulia dari kampung.

    Namun bahagia bukanlah berpihak kepada Puteri.

                       

    Drama: Malang Si Puteri
    Produksi: Radius One Sdn. Bhd.
    Pengarah: Uche Fukada
    Idea Asal: Sharulezad Mohameddin @Budak Ijat
    Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik
    Siaran: Astro Ria
    Mula Tayangan: 11 Mac 2024
    Masa: Isnin hingga Jumaat | 6 petang
    Episod: 50

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *