Penyanyi dan penulis lagu muda, Meiska Adinda, yang berasal dari Bali, Indonesia, telah mencapai tingkat pengakuan yang mengesankan di Malaysia. Single debutnya, “Hilang Tanpa Bilang”, berhasil meraih penghargaan Platinum pada tahun sebelumnya. Prestasi cemerlang ini tidak hanya mencerminkan kejayaan individu Meiska Adinda, tetapi juga menguatkan kedudukan Sony Music Entertainment Indonesia yang luar biasa, dengan lagunya mencapai kejayaan yang besar dalam penjualan melalui platform streaming digital di Malaysia pada tahun 2023.
Pada tahun ini pula Meiska kembali menyediakan satu sajian karyanya kepada pendengar di Malaysia dengan keluaran lagu “Dursila” dan juga merupakan original soundtrack (OST) untuk drama tempatan yang bertajuk “Malang Si Puteri” yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Selain itu, lagu ini telah ditulis oleh Adrianna Cinta yang juga merupakan penyanyi dan penulis lirik di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia, serta komposor berbakat dari Malaysia iaitu, Farouk Roman.
“Meiska sangat teruja apabila menerima tawaran untuk menyanyikan lagu tema drama “Malang Si Puteri” di Malaysia. Kerjasama bersama rakan syarikat Sony Music Malaysia adalah permulaan yang baik untuk perjalanan seni saya pada tahun baru ini,” kata Meiska Adinda dengan meluahkan rasa terujanya ketika ditanya perasaannya tentang tawaran lagu ini.
Meiska juga kongsikan pengalaman dalam menghasilkan lagu “Dursila”, dia mengalami beberapa cabaran. Meiska merasakan lagu ini berat dengan emosi dan sarat dengan makna yang mendalam serta memerlukan penghayatan yang mendalam. Walau bagaimanapun hasil daripada sokongan dan tunjuk ajar daripada guru vokal dan juga dikenali sebagai penyanyi yang berbakat dari Indonesia iaitu Barsena Bestandhi.
“Awalnya, saya menghadapi cabaran untuk menyampaikan perasaan lagu ini, tetapi semasa proses rakaman, semuanya berjalan dengan lancar dan saya merasa begitu selesa pada waktu itu. Aku juga berterima kasih kepada Barsena Bestandhi yang bersama saya dalam menjayakan lagu indah ini.” Katanya
Tambahan pula, Meiska menjelaskan maksud lagu “Dursila” juga mempunyai makna yang kuat dan mampu membawa pendengar dalam cerita lagu ini. Menurut Meiska lagu ini menceritakan tentang seseorang yang sudah letih dalam menjalani hubungan yang tidak berjalan seperti yang dirancang.
“Walaupun kisah ini tidak berkaitan langsung dengan diri saya, tetapi saya juga merasakan seksa perasaan dan emosi seseorang yang derita dalam sebuah perhubungan ini. Saya juga berharap lagu ini dapat menjadi penghibur kalian dan mampu memberi pengajaran dan jalan penyelesaian kepada mereka yang mengalami kesukaran dalam hubungan,” jelas Meiska.
Selain itu, drama Malang Si Puteri mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang menerima malang bertimpa-timpa hingga mengalami tekanan perasaan dan emosi, dia di sabit kesalahan membunuh sehingga membawa hukuman gantung sampai mati. Drama yang bergenre meruntun jiwa ini telah dilakonkan oleh pelakon yang hebat seperti Fasha Sandha, Hafreez Adam, Wan Raja dan ramai lagi. Drama ini terbitan Radius One Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Uchee Fukada.
Meiska turut berkongsi bahawa antara kegemarannya dalam lagu ini adalah pada korus terakhir, di mana Meiska memberi sepenuh tumpuan bagi menekankan emosi yang lebih mendalam. Selain itu, Meiska Adinda berhasrat untuk melebarkan sayapnya sebagai penyanyi di Malaysia dan Indonesia. Meiska mengambil peluang ini sebagai langkah penting untuk lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pendengar yang sentiasa menyokongnya, dan berharap lagu ‘Dursila’ dapat memberi inspirasi dan kebahagiaan kepada semua peminat muzik tanah air.
Lagu ‘Dursila’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.
Kredit:
Artis: Meiska Adinda
Tajuk: Dursila
Produser: Farouk Roman
Komposer: Farouk Roman
Penulis Lirik: Adrianna Cinta
Akaun Media Sosial Meiska Adinda
Instagram: https://instagram.com/meiskaadindap/
TikTok: https://www.tiktok.com/@meiskaadindap
YouTube: https://www.youtube.com/@meiskaadindap
Tentang Meiska Adinda:
Meiska Adinda, lahir pada 20 Mei 2003 dan gadis yang baru berumur 20 tahun ini mempunyai bakat dalam nyanyian dan menulis lagu dan dibesarkan di Bali, Indonesia. Meiska membina minat mendalam terhadap muzik sejak usia muda dan merupakan peserta The Voice Kids Indonesia musin ketiga. Meiska Adinda, juga dikenali sebagai Meiska, mencipta nama dalam arena muzik Malaysia dengan single sulungnya, “Hilang Tanpa Bilang,” dengan pencapaian Anugerah Platinum hasil jualan strim di saluran digital.
Tentang Syarikat Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd:
Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd adalah anak syarikat Sony Music, kumpulan hiburan muzik terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. Syarikat ini memiliki lebih daripada 200 label muzik dan mempunyai kehadiran di lebih daripada 50 negara dan kawasan di seluruh dunia, menjadikannya pemain utama dalam industri muzik global. Selama bertahun-tahun, Sony Music telah menghasilkan muzik dan produk berkaitan dengan muzik yang meliputi sembilan genre utama di dunia, termasuk muzik pop, rock, tarian, alternatif, hip hop, jazz, klasik, country, dan muzik baru. Kumpulan Sony Music sentiasa menggalakkan pertukaran seni muzik melintasi sempadan negara, dengan membawa muzik pop dunia yang terbaik ke pasaran Malaysia, sambil secara aktif mencari, membangunkan, dan mempromosikan bakat-bakat muzik dari kalangan rakyat Malaysia ke pentas dunia.