Aksi padang kembali membara apabila Tiger Balm melancarkan kejohanan futsal 3v3 bertemakan Legendary Together, berlangsung selama lima hari di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur. Terbuka kepada semua peminat bola sepak dari pelbagai lapisan usia, kejohanan ini menjadi pentas bagi mereka yang ingin menguji kehebatan, stamina dan semangat berpasukan dalam format permainan yang pantas dan mencabar.
Dengan hanya tiga pemain satu pasukan, peserta boleh menyertai pertandingan ini bersama rakan-rakan atau ahli keluarga untuk mencipta momen penuh aksi dan semangat kesukanan. Diadakan dari 11 hingga 15 Jun 2025, kejohanan ini bukan sahaja menjanjikan pengalaman kompetitif yang mengujakan, malah turut membawa elemen hiburan untuk seisi keluarga dan komuniti.
Tiger Balm menekankan bahawa Legendary Together 3v3 bukan sekadar kejohanan biasa—ia merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan, serta mencungkil bakat baharu dalam arena futsal. Lebih istimewa, pasukan juara bakal membawa pulang hadiah utama berupa percutian 5 hari 3 malam ke Munich, Jerman, termasuk tiket menonton perlawanan FC Bayern Munich secara langsung di Allianz Arena—sebuah impian buat peminat bola sepak sejati!

Selain perlawanan futsal yang mendebarkan, pengunjung ke lokasi kejohanan turut disajikan dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti cabaran bola sepak, sudut bergambar eksklusif, serta peluang memenangi hadiah-hadiah menarik dan produk istimewa daripada Tiger Balm. Ia menjadikan acara ini bukan sahaja berfokuskan sukan, tetapi juga pengalaman gaya hidup yang menyeronokkan untuk semua lapisan masyarakat.
Sebagai jenama penjagaan kesihatan otot yang telah dipercayai selama lebih satu abad, Tiger Balm terus komited menyokong gaya hidup aktif dan prestasi fizikal pengguna. Produk-produknya termasuk plaster hidrogel, gel pra dan pasca senaman, krim, serta balsem sapuan yang sesuai digunakan oleh atlet profesional mahupun pengguna harian.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini berkaitan Legendary Together 3v3, orang ramai boleh mengikuti saluran media sosial rasmi Tiger Balm Malaysia.