Thu. Oct 16th, 2025

Anugerah Melodi kembali mewarnai dunia hiburan tempatan selepas hampir satu dekad menyepi, kali ini dengan wajah dan semangat baharu menerusi Anugerah Melodi Terhangat 2025 atau AMT 2025. Lebih daripada sekadar sebuah acara pengiktirafan, AMT 2025 mencerminkan perubahan arus hiburan masa kini yang kini dipacu sepenuhnya oleh dunia digital dan pengaruh sosial.

Apa yang membezakan AMT 2025 daripada anugerah hiburan yang lain ialah pengiktirafan bukan hanya terhadap populariti, tetapi juga terhadap impak sebenar seseorang selebriti dalam arena digital dan media sosial. Dengan sistem undian terbuka 100% melalui platform penstriman Tonton, peminat diberi kuasa penuh untuk menentukan siapa yang benar-benar layak digelar ‘Terhangat’ dalam industri.

Mengusung slogan Hangat Bukan Beshe-Beshe, AMT 2025 tampil dengan kategori anugerah yang jauh lebih segar, moden dan relevan dengan landskap hiburan semasa. Daripada pelakon dan penyanyi hingga ke pasangan selebriti dan ikon fesyen, setiap kategori direka untuk mencerminkan pelbagai bentuk pengaruh yang wujud dalam dunia hiburan hari ini. Antara kategori yang diperkenalkan termasuk Selebriti Drama Sangat Terhangat, Tonton Original Terhangat, Selebriti Ikon Terhangat Dikuasai oleh Samsung Galaxy, Selebriti Couple Goals Terhangat, Selebriti Maskulin dan Feminin Terhangat, Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat, Selebriti Trending Terhangat, Selebriti Stailo Terhangat, dan Selebriti Newcomer Terhangat.

Malam anugerah ini turut menampilkan kemuncak paling dinanti-nantikan iaitu penganugerahan Ultimate Award Anugerah Melodi Terhangat 2025 yang bakal diberikan kepada figura yang memberikan impak paling besar dan berpengaruh sepanjang tahun. Pemenang dipilih berdasarkan momen tular, reaksi positif serta sokongan jitu daripada masyarakat.

Tidak kurang menariknya, AMT 2025 turut menampilkan kerjasama eksklusif bersama PROTON menerusi Anugerah Pilihan X50 Superstar. Selebriti, pencipta kandungan dan KOL diberi cabaran untuk menghasilkan kandungan kreatif bersama All-New PROTON X50, dan pemenang bakal membawa pulang sebuah kenderaan baharu. Kempen ini turut menjelajah ke lokasi terpilih seluruh negara dan menjadi sebahagian daripada keterujaan keseluruhan menjelang malam kemuncak.

Semua kategori ini bukan sahaja meraikan nama-nama besar dalam industri, malah membuka ruang untuk generasi baharu yang sedang mencipta nama. Ia menggambarkan peralihan hiburan dari kaca televisyen ke skrin digital, daripada pentas fizikal ke dunia maya yang tidak bersempadan.

Undian untuk AMT 2025 telah pun dibuka dan akan berlangsung sehingga 31 Julai 2025. Peminat boleh menyokong calon pilihan mereka dengan hanya mendaftar akaun Tonton dan melanggan pelan TontonUP. Langganan satu bulan akan memberikan 500 undian, manakala langganan tiga bulan menawarkan 2,500 undian. Semuanya boleh dilakukan di www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat.

Dengan kuasa mutlak di tangan peminat, AMT 2025 bakal mencipta sejarah baharu sebagai anugerah hiburan yang paling demokratik, relevan dan hangat dalam sejarah industri seni Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *