Selepas mencetuskan fenomena dan perdebatan hangat di pawagam, filem aksi adiwira tempatan, Keluang Man, kini boleh ditonton secara eksklusif menerusi platform Astro First bermula hari ini. Penonton boleh menikmatinya di saluran 480 dan On Demand, atau melalui platform penstriman sooka, sekaligus membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman sinematik bersama keluarga pada harga berpatutan.
Dengan hanya RM15, pelanggan Astro boleh menyewa filem ini melalui saluran 480 atau aplikasi On Demand, manakala penonton umum boleh menonton di sooka selama 48 jam tanpa had tontonan. Bagi peminat setia dan pengumpul barangan eksklusif, Astro First turut menawarkan pakej istimewa Keluang Man – Koleksi Kita Enjoi! yang merangkumi akses tontonan serta barangan eksklusif pada harga RM49. Info lanjut boleh didapati melalui media sosial rasmi Astro First.
Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw merangkap Penerbit Eksekutif Keluang Man, penayangan di Astro First merupakan langkah penting untuk memastikan kisah adiwira tempatan ini terus kekal relevan dan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat. Beliau menyifatkan platform ini sebagai peluang kedua buat mereka yang terlepas menonton di pawagam untuk menyaksikan sendiri kebangkitan Keluang Man dalam suasana santai di rumah.
Keluang Man mengangkat kisah Borhan, seorang pesakit mental di Hospital Tumpoi yang menghidap Dissociative Schizophrenia. Kisah hidupnya berubah apabila sejarah silam mula menghantuinya dan dia membentuk identiti baharu sebagai adiwira misteri, Keluang Man. Filem ini bukan sekadar aksi semata-mata, malah turut menyentuh isu kesihatan mental secara mendalam dan bermakna.
Diarahkan oleh Anwari Ashraf dan diterbitkan oleh Astro Shaw bersama GSC, Idea River Run, Pasal Productions serta rakan strategik Wonda Kopi, filem ini menggabungkan elemen nostalgia dan moden dalam satu naskhah aksi yang mengujakan. Ia merupakan adaptasi ‘live-action’ pertama dari siri animasi popular akhir 90-an yang menjadi ikon dalam dunia animasi tempatan.
Barisan pelakon Keluang Man tidak kurang hebatnya, menampilkan gandingan mantap Nas Muammar Zar sebagai teraju utama bersama Dato’ Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Amelia Henderson dan ramai lagi. Filem ini turut menyajikan penampilan istimewa daripada bintang popular seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Wahid Senario, Fazzoq Muqris dan Delimawati.
Mulai hari ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang memperkenalkan adiwira OG Malaysia ini di platform Astro First atau sooka. Untuk maklumat lanjut dan pembelian, layari www.support.astro.com.my atau www.sooka.com.my/tab/movies. Ikuti juga perkembangan terkini Keluang Man melalui Instagram, TikTok dan Facebook Astro First.