Mon. Jul 21st, 2025

Kuala Lumpur kini dilimpahi aura K-drama apabila pelakon dan model terkenal Korea Selatan, Lee Soo-hyuk, tiba buat pertama kalinya di Malaysia, petang tadi. Ketibaan beliau di KLIA1 sekitar jam 5 petang disambut meriah oleh ratusan peminat yang tidak sabar menyaksikan bintang kesayangan mereka melangkah ke bumi Malaysia.

Kunjungan aktor yang cukup dikenali dengan pesonanya itu adalah bersempena acara Samsung Galaxy Unfolds yang bakal berlangsung esok, 16 Julai 2025 (Rabu) di Concourse Utama, Pavilion Kuala Lumpur. Lee Soo-hyuk dijadualkan hadir dalam sesi eksklusif bersama peminat bermula jam 3.30 petang hingga 7.30 malam, menjadikan Pavilion KL lokasi wajib kunjung buat semua pencinta K-drama!

Lebih istimewa, kehadiran Lee Soo-hyuk ini turut menjadi sebahagian daripada promosi eksklusif untuk drama thriller terbaharu lakonannya, S LINE, yang kini boleh ditonton secara eksklusif menerusi platform Tonton. Drama tersebut mencuri tumpuan ramai apabila dipilih menyertai festival Canneseries di Perancis, sekaligus mengangkat kualiti produksi Korea ke peringkat antarabangsa.

Disiarkan serentak dengan Korea, dua episod pertama S LINE telah pun menemui penonton Malaysia pada 11 Julai 2025 menerusi Tonton. Sarat dengan unsur misteri, ketegangan serta visual sinematik yang bergaya, siri ini dilabel sebagai antara kandungan Korea paling dinanti tahun ini.

Langkah membawa Lee Soo-hyuk secara eksklusif ke Malaysia menegaskan lagi peranan Tonton sebagai platform penstriman utama negara yang komited menyajikan kandungan bertaraf global kepada penonton tempatan. Ia juga membuka lembaran baharu buat peminat yang kini tidak perlu menunggu lama untuk menikmati drama Korea kegemaran secara sah dan berkualiti tinggi.

Peminat Lee Soo-hyuk dijangka memenuhi ruang Pavilion KL esok bagi melihat sendiri pesona aktor yang sinonim dengan gaya fesyen berkelas dan watak-watak misteri yang ikonik. Jika anda salah seorang peminatnya pastikan anda tiba awal untuk mendapatkan lokasi terbaik menyaksikan penampilan bintang kegemaran ramai ini secara langsung.

Jangan lupa! Tonton S LINE sekarang, hanya di aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my untuk strim penuh pengalaman K-drama terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *