Syria Care telah melakukan beberapa percubaan dan mengambil pelbagai langkah untuk memastikan kesinambungan perkhidmatan kemanusiaan. Syria Care dan Yayasan EZ Prihatin baru-baru ini bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan kejayaan Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0, yang akan berlangsung dari 21 September hingga 31 Disember 2022.
Yayasan EZ Prihatin adalah sebuah pertubuhan yang sengat dekat dengan isu-isu kebajikan dan kemanusiaan. Memilih untuk bersama Syria Care kali ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke negara bergolak, Syria.
Kerjasama ini akan digerakkan untuk mengumpul dana serta pengumpulan pakaian sejuk terpakai bagi Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0 melalui dua (2) projek yang bakal dilaksanakan iaitu:
- Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0
Kempen ini secara keseluruhan yang menyasarkan jumlah kutipan dana sebanyak RM1.7 juta. Yayasan EZ Prihatin akan menggerakkan pengumpulan dana minimum sebanyak RM300,000 bagi menjayakannya.
- Projek Warm Their Water
Bagi projek ini Yayasan EZ Prihatin akan turut mengantar sukarelawan ke lapangan bagi membantu proses pengumpulan pakaian minum sejuk. Aktiviti ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 2-8 Oktober 2022
Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Laman 83 Event Space
2-G-06, D’Vida Business Centre, Jalan Bazar u8/101, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.
Ini adalah satu platform yang tepat bagi Syria Care serta Yayasan EZ Prihatin untuk menzahirkan solidarity kemanusiaan dengan mengambil tanggungjawab bersama dalam membantu pelarian di Syria yang bakal berdepan dengan musim sejuk tidak lama lagi.
Bagi sebarang pertanyaan atau ingin menyumbang, sila hubungi Syria Care di talian 03-5523 4077 atau 011-288 9820 atau layari laman sesawang www.syriacare.org.my serta saluran media social Syria Care Malaysia di Facebook, Instagram dan Twiter atau subscribe Syria Care Media di Youtube.
Syria Care
Pengerusi
Puan Siti Sakinah Meor Omar Baki
Yayasan EZ Prihatin
Pengurus Operasi I
En. Muhammad Zulfadhli Bin Mohamad Zain