Wed. Nov 27th, 2024

    Petaling Jaya, 28 September 2022  – Tinggal dua episod!!! TIGA JUARA TERBAIK Kapten masih belum boleh menarik nafas lega kerana episod berikut ialah pusingan separuh akhir untuk mendapat tempat di pusingan akhir. Siapakah yang akan ke pentas akhir antara Aqmal (kapten Naim Daniel), Hazami (kapten Akim), dan Rahmad Mega & Shaz (kapten Hael)? 

    Shaz kembali merangkul persembahan terbaik buat kali ketiga pada episod lepas. Hazami pernah memenangi persembahan terbaik sebanyak dua kali, begitu juga dengan Rahmad Mega (kapten Hael) yang pernah mendahului para pesaingnya dengan kemenangan persembahan terbaik di minggu pertama. Hanya peserta junior, Aqmal yang masih belum merasai kemenangan tersebut. Bagaimana dengan perancangan dan strategi ketiga-tiga kapten buat peserta mereka? 

    Episod akan datang bertemakan ‘band’ dimana para peserta akan menyanyikan lagu – lagu karya kumpulan band yang pernah bertanding di separuh akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu. 

    1. Aku Skandal (AJL24, nyanyian asal oleh Hujan) – Aqmal
    2. Aurora (AJL24, nyanyian asal oleh Estranged) – Hazami
    3. Kejora Ku Bersatu (SFMM15, nyanyian asal oleh Search) – Rahmad Mega
    4. Hanya Namamu (AJL30, nyanyian asal oleh Caliph Buskers) – Shaz

    Menurut Naim Daniel, “Tekanan semakin dirasai apabila Aqmal tersenarai sebagai salah seorang peserta paling corot di episod lepas. Ada yang mengatakan saya kurang berpengalaman untuk menggalas tanggungjawab sebagai kapten tetapi saya tetap komited untuk memberikan yang terbaik buat Aqmal. Pentas Terpaling Juara ialah perjuangan bersama untuk saya dan Aqmal, Insya-Allah, kami akan mengharungi segala cabaran dengan satu hati.”

    Kapten Hael yang ditugaskan untuk membimbing Rahmad Mega dan Shaz turut meletakkan fokus beliau dalam memastikan kedua-dua peserta ini tampil dengan persembahan yang dapat memukau juri tetap dan para penonton di episod akan datang. “Saya menerima teguran juri tetap dengan hati yang terbuka. Menang dan kalah adalah adat pertandingan tetapi jika gagal menangani tekanan, ia akan mengganggu prestasi kami. Terpaling Juara sungguh mencabar kredibiliti Rahmad Mega dan menguji kemampuan Shaz untuk sentiasa memberikan persembahan yang lain daripada apa yang mereka sering tonjolkan. Eksperimen baharu itu sesuatu yang bagus dan ia bakal memberikan wajah yang segar kepada kedua-dua peserta,” kata Hael Husaini.

    Kapten Akim tidak pernah mengambil jalan mudah walaupun Hazami pernah dua kali memenangi persembahan terbaik. “Saya amat puas hati dengan pencapaian Hazami sehingga kini. Saya tahu bagaimana susahnya dan usaha yang telah dicurahkan oleh Hazami dalam menjayakan persembahan mingguan. Dengan gabungan idea dan pengalaman bersama dengan Hazami, saya pasti penonton akan menyukai persembahan Hazami di episod akan datang.”

    Nantikan juga kemunculan artis jemputan seperti Muss, Is Projector Band dan Yabang Khalifah yang akan memeriahkan lagi suasana separuh akhir Terpaling Juara. 

    Jangan ketinggalan untuk menonton Terpaling Juara, setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *