Wed. Nov 5th, 2025

Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Putrajaya tahun ini menjadi tumpuan lebih 100,000 penonton dengan pelbagai persembahan menarik, namun antara yang paling mencuri perhatian ialah kemunculan telefon pintar terbaharu daripada HONOR yang masih belum dilancarkan secara rasmi. Peranti misteri itu diperkenalkan secara langsung oleh pelakon popular Ben Amir, yang tampil di atas trak bomba bersama barisan anggota bomba dan penyelamat.

Buat pertama kalinya, HONOR memilih untuk memperkenalkan sebuah peranti secara langsung di hadapan khalayak ramai. Ben Amir kelihatan memegang sebuah telefon pintar berbalut kulit merah yang menonjol, sekaligus mengundang sorakan dan rasa ingin tahu penonton. Ramai pemerhati pantas menyedari bahawa telefon tersebut adalah sama seperti yang dipaparkan dalam filem Legasi Bomba The Movie, di mana watak lakonan Ben menerima peranti itu sebagai tanda penghargaan. Kini, kemunculan peranti tersebut di dunia nyata menimbulkan persoalan sama ada ia adalah model paling baharu dalam siri X9 keluaran HONOR yang dikatakan lebih lasak dan tahan lasak.

Rekaan kulit merah di bahagian belakang telefon pintar itu menyerlahkan semangat keberanian anggota bomba yang sinonim dengan warna seragam mereka. Namun ia bukan sekadar gaya, malah ketahanan dan kebolehannya menghadapi keadaan ekstrem turut mencerminkan semangat kental para wira merah yang sanggup berhadapan risiko demi keselamatan orang lain. Menurut Ben, impresi pertamanya terhadap peranti itu adalah keyakinan terhadap kekukuhannya. Warna merahnya yang sepadan dengan uniform bomba dianggap sebagai satu penghormatan kepada para wira barisan hadapan negara. Malah, jenama HONOR sendiri melambangkan nilai keberanian, pengorbanan dan kebanggaan nasional yang berakar dalam semangat rakyat Malaysia.

Selepas perbarisan, kemeriahan diteruskan di reruai HONOR yang dipenuhi pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik. Antara tarikan utama ialah sesi bertemu peminat bersama barisan pelakon Legasi Bomba The Movie. Reruai tersebut turut menyediakan ruang foto bertemakan bomba lengkap dengan kelengkapan penyelamat, di mana pengunjung berpeluang bergambar secara kreatif untuk menyertai pertandingan media sosial. Pemenang bertuah berpeluang membawa pulang telefon pintar atau tablet HONOR, sekali gus menambah keterujaan pengunjung.

Suasana menjadi semakin meriah dengan persembahan daripada kumpulan muzik Pahlawan Sebenar yang membawakan lagu “Father’s Day” daripada runut bunyi asal filem berkenaan. Tidak ketinggalan skuad Junior Firefighter yang menghidupkan suasana patriotik dengan persembahan ‘Fire Cry’, mempamerkan semangat juang dan keberanian generasi muda. Gabungan hiburan, interaksi komuniti dan semangat kebangsaan menjadikan reruai HONOR sebagai salah satu tarikan utama sambutan Merdeka tahun ini.

Misteri mengenai telefon pintar HONOR yang diperkenalkan masih belum terjawab sepenuhnya. Walaupun tarikh pelancaran rasmi masih dirahsiakan, rekaan berani serta ciri-ciri lasak peranti itu telah pun menimbulkan spekulasi dan rasa ingin tahu di seluruh negara. HONOR memberi bayangan bahawa segala persoalan akan terungkai tidak lama lagi.

Sebagai sebuah syarikat teknologi global yang memacu ekosistem peranti berasaskan kecerdasan buatan (AI), HONOR terus komited dalam merevolusikan interaksi manusia dengan teknologi. Dengan rangkaian produk inovatif merangkumi telefon pintar, komputer riba, tablet, peranti boleh pakai dan banyak lagi, HONOR bertekad untuk memperkasakan setiap individu agar mampu menikmati dunia pintar yang lebih terbuka, kolaboratif dan penuh nilai masa depan.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *