Mon. Nov 25th, 2024

    Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Bank)  melancarkan versi akaun pelaburan eksklusifnya, Al-Awfar, yang ditambah baik dan  didatangkan dengan lebih ganjaran buat para pelanggan baharu dan sedia ada. Al Awfar Baharu – Wow! Banyaknya! menawarkan pelbagai hadiah menarik yang  berjumlah lebih RM18 juta dan memperkenalkan sepuluh (10) kategori baharu.

    Pelanggan Al-Awfar kini berpeluang memenangi hadiah dalam 15 kategori yang  merangkumi tiga (3) kategori cabutan bulanan dan suku tahunan, lima (5) kategori  cabutan setengah tahun dan empat (4) kategori cabutan tahunan dengan  penambahbaikan tersebut. Lebih menarik lagi, pemenang Cabutan Bonus Tahunan Al

    Awfar kini berpeluang membawa pulang satu (1) kilogram jongkong emas atau dua (2)  motosikal Harley Davidson.

    Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Perbankan Runcit Kumpulan Bank Islam, Mizan  Masram, berkata, “Sejak Al-Awfar dilancarkan pada tahun 2009, produk ini terus  menunjukkan pengukuhan. Sehingga 30 Jun 2023, kami telah merekodkan jumlah dana  melebihi RM5 bilion daripada 1.2 juta akaun.

    “Bersempena ulang tahun ke-40 Bank Islam tahun ini, sudah tiba masanya kami  mempertingkatkan produk popular ini agar pelanggan mempunyai lebih banyak  peluang untuk menang. Penambahbaikan ini juga merupakan penghargaan kami  kepada mereka atas sokongan padu dan memberangsangkan terhadap Bank dan Al

    Awfar selama ini,” ujar beliau.

    Pada 25 Mac 2009, Bank Islam mencipta sejarah dalam industri perbankan Islam apabila  melancarkan Al-Awfar, satu produk akaun pelaburan berisiko rendah yang inovatif  berdasarkan konsep Mudarabah. Dana Al-Awfar dilaburkan dalam portfolio  Pembiayaan Rumah dan Aset Tetap (HFA) sedia ada Bank Islam untuk memastikan  pelaburan yang mampan.

    Bank Islam meraikan jutawan Al-Awfar ke-39, Dato’ Md Adnan Sulaiman, bersempena  pelancaran Al-Awfar Baharu – Wow! Banyaknya! di IOI City Mall, Putrajaya

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *