Tue. Nov 19th, 2024

    Rumah, sekolah dan taman permainan boleh didapati di hutan. Itu mungkin bagaimana orang asli Batek melihat hutan. Penonton akan dibawa melalui kisah kehidupan suku Orang Asli Batek yang terletak di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan, melalui dokumentari khusus yang dipanggil Nomad Last. Sekitar 300 orang asli Batek tinggal di perkampungan yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Perkampungan ini terletak di kawasan terpencil di luar Taman Negara Kelantan. Suku Batek masih menjalani gaya hidup semi nomadik, bergantung sepenuhnya pada hutan Taman Negara Kelantan yang berusia lebih 130 juta tahun sebagai sumber makanan harian mereka.

    Dokumentari khas ini adalah hasil kerjasama antara TV3 dengan EBS Korea untuk menjayakan sebuah program dari Korea, The Food Of Love, yang membabitkan 5 buah negara iaitu Korea, Mongolia, India,

    Thailand dan Malaysia. Ini juga adalah usaha yang dicetuskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Puan Nini Yusof, bersama pihak EBS Korea bagi menghasilkan sebuah dokumentari jalinan kerjasama antara dua buah negara. 

    Penggambaran membabitkan gabungan krew penerbitan dan TV3 dan EBS Korea ini berlangsung selama 9 hari. Pastinya merakamkan perjalanan hidup dan aktiviti harian orang asli Batek di hutan ada cabarannya. Faktor cuaca, membawa peralatan penggambaran dengan berjalan kaki ke dalam hutan lebih 3 kilometer setiap hari dan kekangan bahasa untuk berkomunikasi merupakan antara cabaran yang perlu ditempuhi. 

    Mendekati suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan, akan menjadi sukar tanpa bantuan Suzairi Zakaria atau lebih dikenali sebagai Dome. Dome, seorang jurugambar profesional berasal dari Setiu,Terengganu,  individu yang telah banyak merekod dan merakamkan momen, peristiwa, serta saksi perubahan suku kaum Batek di sini hampir 15 tahun. Keakraban itu banyak membantu pihak produksi dalam menjalankan penggambaran dan pastinya Dome juga turut terlibat sebagai salah seorang karakter penting dalam penceritaan dokumentari ini.

    Merakamkan realiti hidup orang asli Batek di Kuala Koh, memberikan satu dimensi baharu tentang keunikan mereka. Kewujudan mereka adalah sebahagian daripada ekosistem di Taman Negara. Kepakaran mereka mengenai ilmu hutan adalah satu perkara yang sangat mengagumkan. Aktiviti wajib mereka adalah mencari ubi-ubi liar di hutan. Malah kelebihan yang mereka miliki, ada sebahagian daripada ubi liar beracun menjadi hidangan mereka. Keunikan ini dibawakan dalam dokumentari ini. Orang asli Batek masih memburu haiwan menggunakan cara tradisional dengan menyumpit dan tiba waktu yang diperlukan, mereka akan berpindah randah jauh ke dalam hutan untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

    Namun hanya generasi lama yang masih kuat berpegang teguh dengan cara hidup asal. Mereka cuba sedaya upaya mempertahankan cara hidup dan tradisi lama mereka dari generasi ke generasi. Namun kehidupan mereka semakin mencabar dek kerana kesan modenisasi dalam kalangan generasi muda. Perubahan ini yang menggusarkan generasi lama. 

    Persoalannya, mampukah cara hidup dan tradisi lama mereka bertahan?

    Nomad Terakhir, adalah hasil kerja keras berpasukan yang terdiri daripada jurukamera, Rishigeysannambiar, Mohd Rafi Kassem dan jurukamera wanita dari EBS Korea, Hyungeun Yim, dibantu krew teknikal yang lain; Azizul Sufyan, Khirul Fikry Mustafa, Sangin Kim (EBS), Mohammad Syafiq Zakaria, Muhammad Haniff Hassan dan manakala pihak produksi penerbitan, Nurul Fariha Onn (TV3), Hyunsook Chung (EBS) sebagai Pengarah & Penerbit, Nur Wanah Kiramli, sebagai Penolong Penerbit & Offline Editor, Iffa Qamarina Burhanuddin sebagai wartawan, Hafiz Rashid, sebagai Online Editor dan  Mohd Izzul Iswat Mohd Azman, Penerbit Penyelaras.

    Saksikan Nomad Terakhir, dokumentari istimewa 1 jam ini akan disiarkan pada 16 September 2023, Sabtu, jam 6.00 petang, di TV3. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *