Domino’s Pizza Malaysia sekali lagi tampil dengan inovasi baharu yang memecah tradisi piza apabila melancarkan Piza Mac & Cheesy, satu sajian unik yang menggabungkan keenakan makaroni berkrim dan keju dengan kenikmatan piza dalam setiap gigitan. Dilancarkan secara rasmi bermula 22 Julai 2025, Piza Mac & Cheesy hadir dalam tiga variasi lazat iaitu Original Mac & Cheesy, Mushroom Mac & Cheesy, dan Spicy Beef Mac & Cheesy, masing-masing menawarkan cita rasa tersendiri yang memikat selera. Setiap piza dihasilkan menggunakan doh segar, dilapisi sos keju mewah, ditambah dengan makaroni berkrim dan keju mozarela ‘tarik’, serta ditaburi rumpai laut untuk rasa yang lebih menyelerakan. Pelanggan juga boleh memilih Ultimate Sausage Crust sebagai tambahan untuk pengalaman yang lebih memuaskan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s bagi Malaysia, Singapura dan Kemboja, Ringo Joannes, rakyat Malaysia amat menggemari keju dan inovasi berasaskan keju terus menjadi trend, seiring dengan kejayaan produk terdahulu seperti Mega Cheese, Cheese Volcano dan World Cheese. Piza Mac & Cheesy ini hanya ditawarkan untuk tempoh terhad dan boleh dinikmati pada harga serendah RM7.90 bagi saiz Personal, manakala penambahan Ultimate Sausage Crust ditawarkan pada harga RM6 (Regular) dan RM9 (Large). Istimewa dari 22 hingga 27 Julai 2025, pelanggan yang membeli kombo Beli 1 Percuma 2 boleh menambah Piza Mac & Cheesy Personal dengan hanya RM1.99. Tawaran eksklusif ini boleh didapati melalui laman web dan aplikasi mudah alih Domino’s. Kini, sama ada anda penggemar piza, pencinta makaroni dan keju, atau sekadar ingin mencuba sesuatu yang baharu, Piza Mac & Cheesy boleh dinikmati di semua cawangan Domino’s seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari www.dominos.com.my atau ikuti @dominosmy di Facebook dan Instagram.
