Tue. Nov 19th, 2024

    This image has an empty alt attribute; its file name is Famili%20Duo%203%20Logo.jpgPasangan duo ke enam ni memang meletop! Mereka sememangnya dikenali sebagai penghibur serba boleh. Berlakon boleh… menyanyi… pandai masak… melawak… bersukan… pempengaruh… berlakon… menari pun boleh. Hebat bukan! Siapakah duo misteri ini?

    “Cabaran utama kami dalam Famili Duo 3 ini nanti adalah pasangan Ryan dan Adam Bakery!” Itulah ungkapan pertama yang keluar dari mulut pasangan duo keenam yang sehingga kini menjadi rahsia!

    Tambah pasangan ini lagi, “Kami dah sedekad terlibat dalam bidang seni. Masa mula-mula dapat kritikan dari orang ramai terutamanya kritikan daripada juri, memang kami berasa sangat down (sedih). Tapi lama-kelamaan kritikan ini menjadi asam garam buat kami dan terimanya sebagai teguran positif yang dapat menyuntik semangat kami. Nak kata nervous (gementar) memang nervous bila menyertai mana-mana program realiti, walaupun dah lama dalam industri seni. Nak tak nak memang kena hadapi perasaan itu. Tapi kami anggap ia seperti satu perasaan nervous yang sangat best (seronok).”

    Ramai yang tertanya-tanya apakah keistimewaan pasangan keenam ini. Adakah petunjuk yang diberikan dapat menjawab teka-teki ini sebelum episod pertama bermula? Nantikan kemunculan pasangan duo terakhir ini pada 15 Oktober, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. Gunakan hashtag #FamiliDuo2023 #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

    Lima pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu).

    Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

    Musim terbaharu yang lebih menyengat ini diterajui oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Binti Abdullah sebagai penerbit.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *