Fri. Nov 22nd, 2024

    Jam 8:30 malam semalam, Hitman Solutions dan RockQueen menyatukan tenaga untuk membawa kepada penonton Sabah pengalaman konsert yang luar biasa, ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’.

    Selepas konsert berakhir, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, berasa sangat-sangat tersentuh dengan sambutan yang diterima dari peminat-peminat, “Terima kasih ‘urang’ Sabah atas sokongan yang tidak terhingga. Saya berharap semua orang yang hadir ke konsert malam ini dapat jadikan ini suatu memori yang tidak dapat dilupakan.

    Siri Jilid Akhir: Ella Puteri Kota bermula di Axiata Arena Bukit Jalil yang melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan ‘Most Concert Tickets Sold-Out: 10,000 Tickets in 24 Hours’ oleh The Malaysia Book of Records, kemudian di Spice Arena Pulau Pinang mengumpulkan 14,000 Ellasgang, dan kini, di Kota Kinabalu, Sabah, kesemuanya punyai kejayaan tersendiri.

    “Kota Kinabalu ‘special’ dan dekat di hati saya kerana di sinilah lokasinya saya dan suami mula berkenalan sewaktu mula-mula bercinta dahulu dan menjadi memori terindah kami,” kongsi Ella tentang lokasi keempat konsert jelajah ini.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal, “Kejayaan demi kejayaan berjaya kami raih melalui siri jelajah konsert JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA ini adalah untuk peminat yang ingin merasakan konsert bertaraf antarabangsa untuk  artist lokal kesayangan mereka. Kami di Hitman Solutions akan terus memberikan kepuasan yang maksimal buat penggemar muzik di Malaysia, dan nantikan pengumuman kami yang seterusnya.

    Konsert yang berlangsung sekitar 2 jam lebih di bawah bimbingan pengarah muzik tersohor, Dato’ Acis tersebut turut disajikan dengan hampir 30 buah lagu di antaranya Standing In The Eyes Of The World, Kesal, Retak dan Anak Patung. Malam tadi telah menjadikan lokasi keempat untuk Jilid Akhir: Ella Puteri Kota namun peminat masih mempunyai permintaan untuk jelajah tersebut untuk di teruskan di lokasi-lokasi lain.

     

    Sebagai penghargaan kepada negeri Sabah yang penuh dengan budaya, suatu persembahan kejutan dibawakan oleh Kumpulan Budayawan dengan tarian tradisional Sabah. Peminat-peminat terkesima dengan bunyian tradisional di konsert rock menjadikan ini suatu pengalaman yang tidak mungkin boleh dilupakan.

    Konsert gilang gemilang ini tidak mungkin dapat di teruskan tanpa sokongan dari rakan-rakan penaja yang telah bersama-sama jayakan Jilid Akir: Ella Puteri Kota, Era Sabah & Sarawak (Radio Rasmi), Imago Shopping Mall (Rakan Pusat Membeli-belah Rasmi), Ming Garden Hotel & Residences (Rakan Hotel), D’Bundle Mania, Jee Harris Corporation, Film Horizon, BluPrints, Mangkuk Malaysia (Rakan Sokongan) dan Rafa Travel (Rakan Pengangkutan Rasmi).

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *