Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menilai dengan teliti laporan media mengenai kenaikan harga runcit ayam (KPDNHEP).
2. Program mekanisme kawalan harga maksimum bagi ayam dan telur telah dilaksanakan semenjak 5 Februari 2022. Mekanisme ini dilaksanakan untuk mengekang peningkatan harga ayam dan telur ayam secara mendadak di pasaran terutamanya selepas musim perayaan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHHMP). Sebagai rujukan semula, kawalan harga maksimum adalah seperti berikut:
Harga kawalan ayam
LOKASI | PELADANG | PEMBORONG | PERUNCIT |
Semenanjung | RM6.00 | RM8.10 | RM9.40 |
Sarawak (Kuching) | RM6.60 | RM8.60 | RM9.80 |
Sabah (Kota Kinabalu) | RM6.80 | RM9.80 | RM11.00 |
Harga kawalan bagi telur gred A, B, dan C
3. Berdasarkan cerapan harga harian pada 15 Oktober 2022 oleh Kementerian, adala didapati bahawa harga purata nasional adalah RM9.18/kg. Manakala harga purata bagi Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM9.13/kg. Ini bermakna, harga ayam runcit sebenarnya masih di bawah harga kawalan maksimum RM9.40/kg.
4. Seperti komoditi lain, harga bagi ayam dan telur ayam akan turut terkesan dan mengalami perubahan selaras dengan pergerakan kos input pengeluaran seperti jagung bijan dan soy bean meal. Namun begitu, kerajaan akan terus komited dalam memastikan harga di setiap rangkaian bekalan tidak akan melebihi harga maksimum.
5. Kementerian juga ingin menekankan bahawa terdapat Program Jualan Murah Keluarga Murah (PJMKM) yang turut menawarkan harga lebih rendah sehingga 20 peratus kerana terdapat subsidi tambahan jualan bagi memastikan harga di bawah harga kawalan maksimum.
6. Kementerian juga ingin memberi amaran kepada semua pihak terutamanya penternak, pemborong dan peruncit untuk menjual ayam dan telur untuk sentiasa mematuhi kawalan harga maksimum ini dan kegagalan mematuhinya akan mengakibatkan mereka diambil Tindakan di bawah akta-akta yang berkaitan.
7. Kementerian juga telah membentangkan status kedudukan harga dan bekalan semasa ayam dan telur ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pasukan Kas Jihad Menangani Inflasi yang telah dipengerusikan oleh YB Dato’Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Ekonomi pada 17 Oktober 2022.