Thu. Jul 17th, 2025

HONOR kembali dengan kejutan besar! HONOR Magic V5, telefon pintar boleh lipat paling nipis di dunia, kini rasmi dilancarkan di Malaysia. Menariknya, walaupun tampil dengan reka bentuk serba baharu dan teknologi lebih canggih, harga kekal pada RM6,999 menandakan komitmen HONOR untuk terus memberi nilai terbaik kepada pengguna.

Sepanjang tempoh pra-tempahan yang berlangsung hingga 24 Julai 2025, pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai keseluruhan RM3,497. Antara hadiah menarik termasuk pembesar suara Harman Kardon Onyx Studio 9, pelan perlindungan skrin selama 1 tahun dan jaminan kualiti selama 2 tahun, menjadikan pembelian ini lebih berbaloi berbanding sebelum ini.

HONOR juga memperkenalkan tawaran tukar beli, di mana pengguna boleh menyerahkan peranti lama seperti telefon, tablet atau komputer riba di cawangan HONOR Experience Store dan rakan jualan terpilih. Lebih menarik, pengguna akan menerima rebat tambahan RM400 bagi pembelian Magic V5 dalam tempoh promosi hingga 31 Ogos 2025.

Untuk kemudahan pengguna, pelan ansuran 0% faedah selama 24 bulan turut ditawarkan. Dengan hanya RM292 sebulan, pengguna boleh memiliki HONOR Magic V5 tanpa tekanan kewangan besar hanya perlu singgah ke cawangan HONOR terdekat untuk pendaftaran.

Rekaan ultra-nipis HONOR Magic V5 mencuri tumpuan hanya 8.8mm ketika dilipat dan 4.1mm ketika dibuka, namun tetap menampilkan keupayaan perkakasan unggul. Dengan berat hanya 217g, peranti ini sesuai untuk pengguna yang mahukan kemudahan tanpa mengorbankan prestasi. Ia turut menampilkan cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite dan bateri 5,820mAh berasaskan silikon karbon yang lebih tahan lama dan efisien.

Bahagian kamera turut dinaik taraf dengan sistem quad-kamera hebat termasuk Kamera Telefoto Periskop 64MP dengan zum digital sehingga 100x. Ia juga dilengkapi teknologi fotografi AI seperti AI Enhanced Portrait dan AI Motion Sensing Capture untuk hasil gambar profesional. Kemudahan suntingan turut tersedia secara terbina dalam, termasuk AI Eraser, AI Upscale dan AI Outpainting.

Bagi pengguna aktif, skrin dalam dan luar Magic V5 kini lebih tahan lasak dengan teknologi gentian aeroangkasa dan perlindungan NanoCrystal Anti-calar. Engselnya pula diuji mampu menahan sehingga 500,000 kali lipatan bersamaan 13 tahun penggunaan biasa dilengkapi dengan penarafan IP58/IP59 untuk rintangan air dan habuk.

Dengan skrin dalaman sebesar 7.95 inci dan ciri Three Split Screen, pengguna boleh multitugas dengan mudah seperti membuat nota mesyuarat sambil berkongsi maklumat di WhatsApp dan membalas emel serentak. Fungsi Gemini Live pula membolehkan pengguna berkongsi skrin secara langsung serta mendapat bantuan masa nyata seperti carian hotel atau mengenal pasti bahan masakan.

HONOR turut memudahkan pengguna iOS untuk beralih ke Magic V5. Dengan ciri HONOR Share dan iCloud Cloning, pengguna boleh pindah data dari iPhone ke Magic V5 dalam beberapa langkah mudah.

Didatangkan dengan RAM 16GB dan storan dalaman 512GB, HONOR Magic V5 tersedia dalam empat warna menawan – Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown dan Black. Untuk maklumat lanjut dan pra-tempahan, layari laman rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *