Siapa sangka, sebuah perkahwinan yang bermula dengan sekadar kontrak boleh berubah menjadi kisah cinta yang begitu mendalam? Di sebalik perjanjian yang mengikat, tersembunyi takdir yang akan mengubah hidup dua insan ini selamanya. “Calon Isteri Buat Suami,” drama terbaru yang menampilkan gandingan mantap Siti Hariesa dan Jazmy Juma, bakal mengisi slot Akasia TV3 mulai 8 April, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. Drama ini juga boleh distrim secara percuma di iQIYI pada pukul 8.00 malam.
Diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn. Bhd., drama 25 episod ini arahan Bahri Umar dengan skrip daripada Sophilea, mengangkat tema cinta, keluarga, dan pengorbanan. Dengan barisan pelakon hebat seperti Siti Hariesa, Jazmy Juma, Trisha Ooi, Jasmin Hamid, Hazeeq Dean, dan Emelda Rosmila, “Calon Isteri Buat Suami” bukan hanya sekadar tentang hubungan antara dua hati, tetapi juga tentang konflik tersembunyi yang menguji kesetiaan dan kepercayaan. Setiap episod mengajak penonton untuk menyelami dilema dan perjuangan Haizi (Siti Hariesa) dan Nazim (Jazmy Juma) dalam mencari makna di sebalik perjanjian yang mengikat mereka.
Haiza, seorang wanita yang cuba memulakan hidup baru selepas pertunangannya dengan Khalif terputus, berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Di kota besar ini, takdirnya berubah apabila dia tanpa sengaja membantu Datin Yasmin dalam satu situasi kecemasan. Sebagai tanda terima kasih, Datin Yasmin menawarkan Haiza pekerjaan di syarikatnya dan juga mencadangkan sebuah perjanjian – Haiza perlu berkahwin dengan anak lelakinya, Nazim. Jika Haiza ingin bebas dari perkahwinan itu, dia mesti mencari isteri yang lebih baik untuk Nazim.
Perjalanan Haiza dan Nazim bermula dengan keraguan, namun perasaan mereka semakin mendalam dan akhirnya mereka jatuh cinta. Namun, kebahagiaan mereka tergugat apabila sepupu Nazim, Dayana (Trisha Ooi), muncul dengan tuduhan yang menguji keutuhan hubungan mereka. Dalam keadaan Haiza yang sedang mengandung, segalanya berubah. Adakah mereka mampu mengharungi dugaan ini, atau adakah cabaran dari Dayana akan memusnahkan segalanya?
Jazmy Juma, yang memegang watak Nazim, berkongsi pengalamannya bekerja dengan Siti Hariesa di set penggambaran. “Bergandingan dengan Hariesa adalah pengalaman yang sangat bermakna. Kami saling memberi sokongan dan berbincang untuk memastikan setiap babak disampaikan dengan sempurna. Chemistry yang kuat antara kami menjadikan setiap adegan lebih hidup dan penuh emosi. Saya berharap penonton dapat merasai keikhlasan kami dalam setiap detik perjalanan cerita ini,” katanya.
“Selain itu, kerjasama yang erat dengan pengarah juga sangat penting. Setiap kali berbincang mengenai babak tertentu, pengarah memberi pandangan yang berguna untuk meningkatkan kualiti cerita. Itu menunjukkan kekuatan kerjasama antara pelakon dan pengarah,” tambah Jazmy.
Penonton iQIYI VIP boleh strim episod terkini secara ekspres di aplikasi iQIYI, tepat jam 8.00 malam pada hari yang sama. Episod baharu juga boleh ditonton secara percuma 48 jam selepas tayangan. Muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store sekarang!
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2020, iQIYI telah mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan, dengan peningkatan jumlah pengguna lebih dari 15 kali ganda. Pada tahun 2021, iQIYI juga dinobatkan sebagai perkhidmatan penstriman nombor satu di Malaysia, berdasarkan jumlah muat turun, pelanggan aktif bulanan, dan masa yang diluangkan di platform tersebut.
Untuk info terkini tentang drama kegemaran anda, ikuti laman sosial TV3 di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.
Tonton “Calon Isteri Buat Suami” dan saksikan bagaimana perjanjian yang bermula tanpa perasaan dapat berubah menjadi cinta sejati.