HONOR telah melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan pelbagai ciri AI inovatif pada telefon pintar flagship mereka, HONOR Magic7 Pro. Melalui kemaskini perisian terkini, pengguna kini boleh menikmati pengalaman yang lebih pintar dan lancar dengan Magic Portal – Portal to Anywhere serta fungsi akses pintu NFC yang mengubah cara kita berinteraksi dengan dunia digital.
Versi terbaru Magic Portal kini terintegrasi dengan platform-platform popular seperti Trip.com untuk pelancongan, Shopee untuk membeli-belah, dan Grab untuk perkhidmatan e-panggilan, membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkhidmatan dengan hanya satu sentuhan. Penambahbaikan ini tidak hanya memudahkan multitasking, tetapi juga mempercepatkan pengalaman pengguna dengan memberi akses pantas kepada aplikasi-aplikasi penting.
Dengan Magic Portal, segala-galanya menjadi lebih mudah! Pengguna hanya perlu membuat bulatan dengan belakang jari pada teks atau imej, kemudian seret ke tepi skrin HONOR Magic7 Pro untuk membuka aplikasi atau perkhidmatan yang dikehendaki. Sama ada untuk mencari maklumat, melakukan navigasi, membeli-belah, atau mencari imej, pengalaman anda kini menjadi lebih lancar dan menyeronokkan.
Integrasi Trip.com dalam Magic Portal memudahkan pengguna untuk merancang perjalanan dengan cepat, termasuk menyemak dan menempah penerbangan, hotel, pengangkutan, dan tiket tarikan. Kini, merancang percutian impian tidak pernah semudah ini!
Jika anda terjumpa sesuatu yang menarik semasa melayari media sosial, cukup dengan bulatkan teks atau imej menggunakan belakang jari dan seret ke Shopee dalam Magic Portal untuk mendapatkan harga dan butiran produk dengan pantas.
Tak perlu risau lagi jika hanya tahu nama restoran tetapi tak ada alamat lengkap. Cukup bulatkan nama restoran dengan jari anda, seret ke Grab dalam Magic Portal, dan terus tempah perjalanan ke destinasi tanpa halangan.
Tambahan lagi, dengan teknologi akses pintu NFC pada HONOR Magic7 Pro, anda tidak perlu lagi membawa kad akses tempat kerja atau kediaman. Cuma sentuh telefon pada pembaca NFC dan nikmati akses terus, menjadikan kehidupan lebih mudah dan efisien.
Setakat ini, aplikasi baharu dalam Magic Portal dan fungsi akses pintu NFC hanya tersedia pada HONOR Magic7 Pro, namun dijangka akan dilancarkan untuk telefon pintar HONOR lain pada masa depan.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic7 Pro, ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia atau lawati laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my.