Thu. Nov 14th, 2024
    Processed with VSCO with hb2 preset

    Bertepatan dengan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2023, syarikat pakaian kucing DD Cat akan mengeluarkan barisan “DD Cat Cat Coat”. Dengan kerjasama artis terkenal AnnaJobling, DD Cat memperkenalkan barisan Cat Coatnya di Coo&RIKULaport PetShop di Kuala Lumpur.

    Kolaborasi DD Cat bersama Anna Jobling bukanlah bersandarkan populariti selebriti itusemata-mata, sebaliknya kerana sifat semula jadi Anna Jobling yang kasih, prihatindanempati terhadap haiwan kesayangan Rasulullah SAW.

    Ini juga selari dengan fokus utama DD Cat yang ingin mengajak orang ramai menyuburkanrasa kasih terhadap kucing peliharaan mereka, sepertimana mereka menyayangi ahli keluarga sendiri.

    “Bagi saya sendiri, saya menganggap kucing-kucing saya bukan sekadar haiwan peliharaansemata-mata tetapi mereka adalah sebahagian daripada keluarga saya”.

    Processed with VSCO with hb2 preset

    “Justeru, menyambut Syawal bukan sahaja saya yang mahu kelihatan cantik tetapi sayamahu kucing-kucing saya juga kelihatan cantik dan bergaya di pagi raya,” jelas AnnaJobling.

    Koleksi Baju Raya Kucing DD Cat tampil dengan empat jenis fesyen iaitu BajuMelayuSimba, Kurta Muezza, Baju Kurung Bella dan Baju Kebaya Luna. Untuk semua koleksi ini, DD Cat mengetengahkan enam nuansa warna menarikdantrending masa kini seperti Maroon, Mustard, Purple, Emerald Green, Baby Blue, danShocking Pink. Koleksi DD Cat bersama Anna Jobling ini ternyata lebih unik dan bakal menjadi rebutankerana menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi, termasuk songket bunga penuhdanseni halus batik selain menjamin keselesaan kucing kesayangan anda.

    Menjangkakan sambutan jualan yang hebat, sebanyak 20,000 unit baju raya kucingtelahdikeluarkan dalam pengeluaran yang pertama DD Cat. Koleksi Baju Raya KucingDDCat.

    Processed with VSCO with hb2 preset

    ini bakal habis terjual dalam kadar yang cepat kerana harga yang ditawarkan bermuladengan harga RM39 untuk Kurta Muezza dan harga RM49 untuk Baju MelayuSimba, Baju Kurung Bella serta Baju Kebaya Luna.

    DD Cat percaya pencinta kucing di Malaysia akan dapat mencari baju raya kucingyangbertepatan dengan ciri fizikal dan personaliti kucing mereka dari koleksi yang ditawarkan.

    Koleksi sulung DD Cat boleh didapati melalui pembelian dalam talian bermula16Mac2023.

    Maklumat lanjut mengenai produk DD Cat, ikuti @ddcathq di Instagram, Tiktok, Facebookdan Shopee.

    Processed with VSCO with hb2 preset

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *